Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 28 Disember 2011

Siswi IPT dipaksa jual tubuh selama 1 bulan




MELAKA – Hasrat seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) untuk mencari pekerjaan bagi memenuhi cuti semester bertukar tragedi apabila dia akhirnya dipaksa menjadi pelacur selama sebulan oleh satu sindiket di negeri ini, sejak 29 November lalu.

Lebih malang, gadis berusia 19 tahun itu ditipu rakannya sendiri yang merupakan anggota sindiket pelacuran yang sebelum itu menjanjikan mangsa untuk mendapat pekerjaan di sebuah restoran makanan segera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pelajar IPT dari ibu negara itu tiba di negeri ini pada 29 November apabila rakannya itu yang berusia 22 tahun menjanjikannya pekerjaan.

“Namun, belum pun sempat mangsa mendapat pekerjaan, rakannya itu telah memperkenalkannya dengan beberapa lagi rakannya sehingga akhirnya mangsa dipaksa menjadi pelacur.

“Anggota sindiket ini juga telah merakam gambar bogel mangsa dengan mengugut akan mengedarkannya di Internet sekiranya mangsa enggan melayan senarai pelanggan yang telah ditetapkan di sebuah hotel di Taman Melaka Raya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya selain dipaksa melacur di hotel, mangsa yang berasal dari Perak juga dipaksa melayan beberapa lelaki di sebuah rumah selama hampir sebulan.

Menurut Raja Shahrom, bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menyerbu hotel tersebut pada Ahad lalu.

Siswazah Indonesia ke tali gantung

MAGGIE dibawa keluar dari Mahkamah Alor Setar, Kedah semalam selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati.






ALOR SETAR – Seorang siswazah sebuah universiti dari Indonesia menangis teresak-esak apabila dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar sebanyak 841.63 gram dadah di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam dekat sini pada tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu ke atas Maggie Taissya Olyvia, 27, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh rakyat Indonesia itu.

Gadis itu yang merupakan siswazah jurusan perbankan dan pernah bekerja sebagai pegawai pemasaran di Jakarta disabitkan bersalah atas tuduhan mengedar sebanyak 656.15 gram heroin dan 185.48 gram monoacetylmorphines.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks CIQ Bukit Kayu Hitam dekat sini pada pukul 12.15 tengah hari pada 20 September 2010.

Maggie dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mohd. Zaki ketika menjatuhkan hukuman berkata, dalam keterangan pembelaan, tertuduh mengaku mengetahui kewujudan sampul berisi dadah yang disembunyikan di dalam satu bahagian beg dibawanya tetapi tidak tahu jenis dadah tersebut.

Jimmy Shanley dihalang temui anaknya




KUALA LUMPUR - Dengan kemelut yang melanda pasangan Jimmy Shanley dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, seolah-olah turut memberi impak kepada hubungannya sebagai bapa kepada anak mereka iaitu Zahrah Shanley yang telah dilahirkan pada 24 Jun yang lalu.

Masakan tidak, pengacara yang popular menerusi rancangan Trek Selebriti ini meluahkan sehingga kini dia tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan Zahrah setelah kali terakhir menatap anaknya pada bulan Jun lalu semasa baru dilahirkan.

Jimmy mendakwa, dia dihalang daripada bertemu dengan anaknya yang kini tinggal bersama keluarga isterinya.

"Bapa mana yang tidak sedih kalau tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anak kandung sendiri. Seboleh-bolehnya saya ingin menjadi seorang bapa yang mampu memberi kasih sayang sepenuhnya seperti bapa-bapa yang lain.

"Melihat ibu bapa yang membawa anak mereka keluar bersiar-siar, sudah tentu saya ingin lakukan perkara yang sama. Dalam hati, hanya Allah yang tahu tentang perasaan rindu saya terhadap Zahrah," ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran drama Antara Garisan.

Untuk mengubati kerinduan terhadap anak sulungnya itu, Jimmy memberitahu, cuma gambar-gambar sahaja yang menjadi pengubat kelukaan, selain sentiasa berdoa agar anaknya terus berada dalam keadaan yang sihat.

Ujarnya lagi, dia hanya berkesempatan dapat bermanja dengan Zahrah sewaktu baru dilahirkan, kini peluang tersebut seolah-olah semakin sukar dan dia seperti dihalang untuk bertemu dengan anaknya itu.

"Saya tidak kisah kalau sudah ditakdirkan tidak bahagia untuk menjadi seorang suami. Saya lebih rela sekiranya dapat menjadi seorang bapa yang terbaik kepada anak saya dan mahu melihatnya membesar seperti kanak-kanak lain," ujarnya.

Pada masa yang sama, Jimmy secara terus-terang mengaku masih lagi mencintai isterinya itu dan tidak berhasrat untuk melepaskannya, biarpun Suhaila sudah memfailkan penceraian di mahkamah.

Kemelut dalaman Pas selesai




BACHOK - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan kemelut yang melanda parti itu membabitkan bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah selesai.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kedudukan Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok bagi dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang kepada ahli Pas di kawasan tersebut untuk menentukannya.

Beliau berkata, satu majlis diadakan di antara ketiga-tiga pemimpin terbabit dengan barisan kepemimpinan Pas Pusat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10, bagi meraikan penyelesaian kemelut tersebut.

"Semalam ada pertemuan majlis 'mahabbah' yang dianjur oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, saya selaku tuan rumah sahaja.

"Saya hanya mengucap syukur kepada Allah kerana kecoh yang berlaku reda dan Hasan menarik balik kenyataannya yang sensitif. Ini tanda keikhlasan dan 'anak jantan' apabila sedar ini salah.

"Kita tarik balik dan memohon maaf, ini ajaran agama bukan senang manusia buat salah lepas itu tarik balik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pantai di sekitar daerah ini hari ini yang rosak teruk akibat ombak besar tiga hari lalu.

Beliau diminta mengulas mengenai pertemuan di antara ketiga-tiga pemimpin terbabit bersama kepemimpinan Pas Pusat semalam.

Sebelum ini, Hasan dalam kenyataannya menolak dasar negara berkebajikan kerana perjuangan untuk menubuhkan negara Islam lebih besar.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu, beliau menarik balik kenyataan tersebut.

Persatuan Bola Sepak Singapura Membisu ?

Kim Swee








KUALA LUMPUR - SIKAP ‘membisu’ Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berhubung jadual perlawanan dan juga gelanggang rasmi skuad Harimau Muda menjelang saingan Liga Singapura (Liga-S) musim depan menimbulkan tanda tanya jurulatih, Ong Kim Swee.

Menurut Kim Swee, setakat ini beliau masih belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada FAS berhubung perkara itu walaupun difahamkan, saingan Liga-S bakal bermula pada 9 Februari depan.

Meskipun mengakui persiapan anak-anak buahnya tidak terjejas dengan situasi berkenaan, Kim Swee benar-benar berharap supaya FAS dapat menyalurkan maklumat itu kepadanya ataupun menerusi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kadar segera.

“FAS masih tidak beritahu saya mengenai perkara itu, dengan FAM pun belum lagi.

“Saya harap semua urusan ini boleh diketahui dalam tempoh terdekat bagi memudahkan kami menyusun jadual memandangkan pemain Harimau Muda A akan beraksi pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 22 tahun pada Jun tahun depan, selain menempuh baki kelayakan Olimpik Februari nanti.

“Bukan apa, saya tidak mahu ada sebarang pertindihan jadual nanti.

“Mungkin FAS sudah dimaklumkan mengenai jadual kita dalam pusingan kelayakan Olimpik, cuma saya bimbang mereka terlepas pandang mengenai kejohanan Piala AFC,” katanya kepada Kosmo! semalam.

UiTM akan siasat karikatur lucah




SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak menerima sebarang aduan mengenai penyebaran karikatur lucah sebagaimana didakwa Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khairul Naim kelmarin.

Pengarah Pusat Ko-Kurikulum UiTM, Prof Madya Mohd Yaziz Ahmad berkata, Bahagian Keselamatan universiti tidak memaklumkan perkara ini kepada pihak pentadbiran dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).

“Apabila keselamatan melakukan penyiasatan, pihak pertama mendapat jawapan ialah HEP sebelum memaklumkan kepada Timbalan Naib Canselor (TNC).

"Dan selalunya akan dimaklumkan kepada saya, tetapi sehingga kini tiada insiden sedemikian berlaku. Apa pun, kami akan menyiasat perkara ini sama ada betul atau sebaliknya,” katanya.

Kelmarin, Kami mempertikaikan sikap pentadbiran UiTM yang didakwa tidak mengambil sebarang tindakan berhubung penyebaran risalah berbaur hasutan dan karikatur lucah yang memaparkan lakaran dua lelaki melakukan hubu­ngan sejenis di kampus universiti itu di sini, pada 22 dan 23 Disember lalu.

Tetangga setubuhi gadis lumpuh, kini hamil 4 bulan




KLATEN - Sungguh tragis nasib Ls, warga Desa Ngawen, Kecamatan Ngawen, Klaten, Jawa Tengah. Gadis berusia 22 tahun yang lumpuh diperkosa Es, tetangganya sendiri, hingga hamil empat bulan.

Menurut Dangin, kakak korban, baru-baru ini, adiknya sudah lama lumpuh. Tangan dan kakinya tak bisa digerakkan secara normal. Bahkan Ls harus menggunakan kursi roda. Sedangkan untuk turun ke tempat tidur, Ls harus dibantu oleh orang lain.

Kondisi lemah Ls ternyata dimanfaatkan Es. Dia tega memperkosa Ls hingga korban hamil. Kasusnya terbongkar setelah perbuatan tersangka diketahui warga.

Warga kemudian melapor ke polisi. Polisi langsung menangkap dan menahan pelaku di Mapolres Klaten. Menurut Kasat Reskrim Polres Klaten AKP Rudy Hartono, pelaku terancam hukuman maksimal sembilan tahun penjara.

Keluarga korban berharap, janin yang dikandung korban bisa lahir dengan normal dan tidak cacat seperti ibunya. Dengan begitu sang anak bisa menjadi pelindung bagi ibunya yang kondisinya sangat lemah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular