Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 13 Mac 2013

Johan Qari Brunei meninggal dunia


Allahyarham Haji Mashud.

BANDAR SERI BEGAWAN - Haji Mashud bin Haji Awang Damit, 66, Qari pertama Brunei telah kembali ke Rahmatullah dan telah sempurna dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jame Asr' Kg Kiulap,semalam.

Allahyarham banyak berjasa dalam meningkatkan pembacaan Al-Quran termasuk membangunkan sekolah khususnya untuk membaca Al-Quran bagi orang dewasa dan juga kanak-kanak selain pernah memberi tunjuk ajar kepada sebahagian daripada Qari Brunei.

Allahyarham cenderung pada pembacaan Al-Quran sejak kecil lagi serta pernah berguru dengan beberapa tokoh Al-Quran dirantau ini.

Allahyarham dipilih untuk mewakili negara dalam pertandingan Al-Quran peringkat antarabangsa pada tahun 1977 dan telah menjadi Qari Brunei yang pertama memenangi kejohanan pertandingan Qari antarabangsa.

Selasa, 12 Mac 2013

Oknum Polisi Bejat Hamili Anaknya Sendiri




SUNGGUMINASA--Seorang oknum polisi sektor (Polsek) Parangloe terpaksa diamankan di Polres Gowa karena menghamili anak kandungnya sendiri hingga melahirkan.

Hal ini dibenarkan oleh Camat Parangloe, Saleh yang dihubungi wartawan, Sabtu (9/3)."Sudah dibawa ke Polres Gowa dari kemarin dek. Sepertinya, anaknya juga diperiksa,"ujarnya.

Mawar yang diketahui berumur sekitar 18 tahun ini sudah tidak melanjutkan sekolah. Ia lebih banyak di rumah. Saleh juga mengatakan kalau Mawar sudah melahirkan.

Hingga berita ini diturunkan belum belum ada konfirmasi dari pihak Polres Gowa.

Perjanjian gila: Membenarkan Isteri Disetubuhi Rakan


Mangsa yang parah ditetak dengan parang.

ALOR GAJAH - Seorang bekas banduan melakukan perjanjian gila dengan membenarkan rakannya mengadakan hubungan sulit dengan isterinya sendiri.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu membuat perjanjian itu selepas isterinya melahirkan anak luar nikah yang kini berusia lima tahun, hasil hubungan sulit dengan rakannya itu ketika dia menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun.

Mengikut perjanjian mereka, rakannya itu dibenarkan berjumpa isteri dan anaknya, pada sebelah siang sahaja.

Bagaimanapun, perjanjian tersebut memakan diri apabila rakannya melanggar syarat itu.

Akibatnya mereka bergaduh hingga membawa kepada pertumpahan darah, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, bekas banduan terbabit naik angin dan menetak rakannya dengan parang di rumahnya di sebuah taman perumahan, dekat sini, apabila mendapati rakannya itu berjumpa isterinya untuk melakukan hubungan seks pada sebelah malam.

Menurut sumber, rakan lelaki berkenaan datang ke rumahnya pada sebelah malam dalam keadaan mabuk, sambil membawa parang.

“Kedatangan rakannya itu menyebabkan bekas banduan berkenaan berang sehingga berlaku pergelutan menyebabkan parang yang dibawa rakannya terlepas. Bekas banduan itu kemudian merampas parang berkenaan lalu menetak kepala rakannya dan melibas di leher.

“Pergaduhan itu menyebabkan jirannya terjaga apabila terdengar bunyi hentakan pada dinding dan jeritan kuat, sebelum bertindak menghubungi polis," katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, rakan lelaki itu yang cedera parah, dihantar ke Hospital Alor Gajah oleh anggota peronda polis, sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.

"Mangsa cedera parah menerima sembilan jahitan di kepala, selain tujuh jahitan di leher. Lelaki yang menetaknya sudah ditahan polis dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.(sh)

Jenazah Prebet Ahmad Hurairah selamat tiba pagi ini


Allahyarham Ahmad Hurairah

SUBANG - Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang tergugur ditembak kumpulan pengganas di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah semalam tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, pagi tadi.

Turut tiba ialah jenazah Prebet Ahmad Farhan Ruslan yang terbunuh dalam kemalangan di Cenderawasih dekat Lahad Datu semalam

Pesawat yang membawa jenazah tiba kira-kira jam 7.45 pagi dan seterusnya akan dibawa pulang ke kampungnya di Kelantan.

Allyahyarham yang berusia 24 tahun itu, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berpangkalan di Tawau gugur pagi semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut ketibaan jenazah.(sh)

Pencoroboh Sabah Pakai "Tangkal kebal"

PUTRAJAYA - Pemakaian tangkal yang mempunyai ayat al-Quran oleh pengganas Sulu dianggap satu kepercayaan yang terkeluar daripada landasan agama dan seolah-olah menidakkan kekuasaan Allah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, golongan ulama sudah menegaskan penggunaan tangkal adalah karut dan tidak ada kena mengena dengan kepercayaan yang membolehkan seseorang itu kebal, menundukkan atau melemahkan orang lain.

“Saya percaya orang ramai mungkin sudah memahami kepercayaan kepada tangkal ini, tambah lagi bila dibuat dengan cara tidak betul, sewaktu saya di Lahad Datu baru-baru ini saya lihat ada tangkal yang dituliskan ‘Bismillahirahmanirahim’ dengan cara terbalik, begitu juga dengan surah al-Ikhlas.

“Lebih menyedihkan, ia diletakkan di kawasan yang mencemarkan tulisan itu, dengan kalimah Allah diikat di paha, kaki, celah kangkang dan tempat yang tidak sewajarnya. Mungkin itu cara ilmu (dipercayai) boleh mujarab, namun natijahnya jelas mereka yang pakai tangkal mati juga sebab bukan tangkal yang menjadikan mereka kebal, hanya kekuasaan Allah menentukan nasib dan qada’ serta qadar seseorang,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Pengerusi Hal Ehwal Keagamaan Kazakhtan Khairat Lama Sharif di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai penggunaan tangkal bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil yang dipakai serta dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya untuk menjadi kebal dan dapat mengalahkan pasukan keselamatan.



Hasil Visum Bocah SD yang Dicabuli di Angkot Positif



JAKARTA - M (13) bocah SD yang menjadi korban pencabulan di dalam angkot sudah menjalani pemeriksaan visum di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM). Hasil pemeriksaan menyatakan M positif mendapat perlakuan kekerasan seksual.

"Sudah dibawa ke RSCM (visum), hasilnya ya gitu, benar (mendapat kekerasan seksual)," ujar Syamsiah ibunda M saat ditemui di kediamannya di kawasan Depok, Jumat (8/3/2013).

Syamsiah mengatakan pihak keluarga sudah melaporkan kasus tersebut ke Mapolres Depok dan kedua pelaku juga sudah diamankan oleh polisi.

Syamsiah berharap pelaku diberi hukuman seberat-beratnya karena telah memperlakukan anaknya dengan tidak patut.

"Saya tidak terima, pelaku harus dihukum seberat-beratnya," tukasnya.

Tamara Geraldine Rambut Berponi dan Punggung Bertato


JAKARTA - Pada 21 Mei 2013 mendatang, presenter Tamara Geraldine rayakan ulangtahun ke-39.

Usianya nyaris menyentuh kepala empat, tentu Tamara berjuang keras agar tetap cantik dan awet muda. Salah satunya dengan mengubah gaya rambutnya dengan berponi, bak gadis-gadis remaja Cherrybelle! Punggungnya yang mulus itu pun ditato.

Maria Geraldine Tambunan, menampakkan penampilan terbarunya itu saat nongol di sebuah acara di kawasan Epicentrum Kuningan, Jakarta Selatan, Senin (11/3/2013) lalu.

Ibu satu anak ini dikenal sebagai presenter yang telah memandu banyak acara. Antara lain, paket acara olah raga yang memang menjadi kelebihannya, yaitu presenter Italian League, Bundesliga, Champion Cup, Euro Cup, World Cup 2004 serta presenter acara gosip bersama Edwin, Go Show di TPI, Game Zone (TPI), Ari Wibowo Cari Pembantu (SCTV), Boom Basket (RCTI), dan Pernik (TV7).

Wikipedia mencatat, keberhasilannya menjadi presenter dibuktikan dengan diraihnya penghargaan untuk kategori Best Female Sport Presenter untuk Panasonic Award, 5 tahun berturut-turut dari 2000-2004.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular