Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 13 Mac 2013

Johan Qari Brunei meninggal dunia


Allahyarham Haji Mashud.

BANDAR SERI BEGAWAN - Haji Mashud bin Haji Awang Damit, 66, Qari pertama Brunei telah kembali ke Rahmatullah dan telah sempurna dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jame Asr' Kg Kiulap,semalam.

Allahyarham banyak berjasa dalam meningkatkan pembacaan Al-Quran termasuk membangunkan sekolah khususnya untuk membaca Al-Quran bagi orang dewasa dan juga kanak-kanak selain pernah memberi tunjuk ajar kepada sebahagian daripada Qari Brunei.

Allahyarham cenderung pada pembacaan Al-Quran sejak kecil lagi serta pernah berguru dengan beberapa tokoh Al-Quran dirantau ini.

Allahyarham dipilih untuk mewakili negara dalam pertandingan Al-Quran peringkat antarabangsa pada tahun 1977 dan telah menjadi Qari Brunei yang pertama memenangi kejohanan pertandingan Qari antarabangsa.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular