Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 13 Mac 2013

Bakal tunang temui keluarga Koperal Ahmad Hurairah buat pertama kali



Nordiana (dua, kiri) menziarahi keluarga dan jenazah Koperal Ahmad Hurairah Ismail di Pasir Mas pagi semalam

PASIR MAS – Bakal tunang anggota tentera, Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang terkorban ketika bertempur dengan musuh menziarahi jenazah di kediaman keluarga mangsa di Kampung Bayu Lalang ,dekat sini pagi semalam.

Biar pun belum mengenali keluarga arwah, Nordiana Kamarruddin, 23, pelajar tahun akhir jurusan sarjana muda syariah dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail itu datang bersama dua rakan untuk memberikan penghormatan terakhir buat insan yang merancang untuk mengabadikan kehidupan bersamanya sebaik  operasi di Lahad Datu berakhir.

Anak ketiga dari tujuh beradik itu berkata, dia agak terkejut apabila mendapat kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) dari seorang rakan arwah memaklumkan dia terkorban kira-kira jam 4 petang semalam.

Menurutnya, ketika arwah memaklumkan beliau ditugaskan ke Lahad Datu dia merasa bimbang dan sentiasa mendoakan keselamatan arwah memandangkan itu adalah tugasnya.

“Saya sangat risau apabila mendapat tahu arwah ditugaskan ke Lahad Datu dan berpesan supaya dia menjaga diri,” katanya yang masih bersedih dengan pemergian arwah.

Gadis berasal dari Kampung Senok, Bachok ini berkata arwah seorang yang baik dan penyabar.

Menurutnya, dia mengenali arwah lebih setahun lalu dan mereka merancang untuk mengikat tali pertunangan Februari lalu tetapi terpaksa ditunda memandangkan arwah terpaksa ditugaskan ke Lahad Datu.

“Kami merancang untuk bertunang bulan lalu tetapi terpaksa ditunda, tarikh belum ditetapkan tetapi arwah memberitahu sehingga tamat operasi.

“Kami rancang untuk bertunang, tetapi tidak ada jodoh, saya redha,” katanya kepada pemberita.

Nordiana berkata, dia berhubung dengan arwah buat kali terakhir pada 10 Mac lalu menerusi SMS.

Kelmarin, ibu arwah , Rahmah Mamat,50, turut memberitahu anaknya turut menyuarakan hasrat mengakhiri zaman bujangnya dengan gadis pilihan dan turut menunjukkan gambar kepadanya.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular