Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 17 Mac 2013

WNI: Tiga tahun disuruh masak daging babi




Eka (dua, kanan) bersama pekerja lain menceritakan nasib mereka hadapi.

AYER KEROH – "Tiga tahun saya masak daging babi sampai saya kata 'Ya ALLAH, ampunkan aku'," kata Eka, 23, yang menjadi mangsa penderaan majikannya.

Warga asing beragama Islam berasal dari Jawa Tengah, Indonesia itu berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana takut dicederakan majikan restoran tempat dia bekerja.

"Saya kena masak daging babi atau sup tulang babi. Bukan itu saja, ada ayam ke, kasut ke, dia akan lempar pada saya. Lambat mop lantai, dia akan tendang saya," katanya yang sudah berkahwin dan punyai seorang anak yang tinggal di Indonesia.

Eka merupakan satu daripada sembilan wanita pekerja sebuah restoran yang berjaya diselamatkan Jabatan Imigresen negeri, semalam.

Tujuh wanita warga Indonesia dan dua dari Myanmar berusia antara 22 dan 31 tahun didakwa seringkali dikasari majikan dan isterinya, biarpun hanya melakukan kesalahan kecil.

Mereka turut ditempatkan dalam satu bilik dan tidak dibenarkan keluar dari premis sejak mula bekerja.

Lebih menyedihkan apabila pekerja Islam dipaksa memasak hidangan daging babi untuk pelanggan dan akan disepak, ditampar atau dibaling dengan kasut jika enggan melakukannya.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Mohammad Azlan Jawawi berkata, pihaknya bergegas ke restoran berkenaan selepas menerima aduan orang ramai bahawa mangsa dikurung majikan.

Menurutnya, serbuan dilakukan kira-kira 12.30 tengah hari mendapati kesemua mereka sedang bekerja dan memiliki permit sah menetap di negara ini.

“Majikan memberi kerjasama sepenuhnya dan kesemua pekerja asing ini menangis kegembiraan apabila mendapati pihak kami hadir.

Mohammad Azlan berkata, siasatan akan dilakukan di bawah Akta Anti Pemerdangan Orang berdasarkan beberapa ciri yang berlaku selain majikan akan dipanggil Jabatan Imigresen untuk siasatan lanjut.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular