Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 13 Mac 2013

Tian Chua dijangka didakwa hari ini


SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Tian Chua telah diminta untuk hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini untuk menghadapi tuduhan di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan berkaitan isu pencerobohan Lahad Datu.

Tian Chua yang mengesahkan perkara itu berkata, beliau menerima makluman akan dikenakan tuduhan di bawah akta itu lewat petang tadi.

"Ya, petang tadi (semalam) saya diminta ke mahkamah, kira-kira jam 5 petang tadi... saya akan ada di mahkamah pagi esok (hari ini)," kata beliau.

Ahli Parlimen Batu itu diarah hadir di mahkamah kira-kira lima jam selepas diambil keterangan di Petaling Jaya.

"Pagi tadi saya dipanggil untuk diambil keterangan. Petang, diminta datang ke mahkamah," katanya yang sudah menjangkakan perkembangan tersebut.

Laporan media petang semalam memetik Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, percakapan Tian Chua dirakam pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pagi semalam.

"Kita telah menghantar pegawai kita untuk merakam percakapan Tian Chua. Beliau datang bersama tiga peguamnya untuk merakam percakapan tersebut pagi ini (semalam)," katanya.

Beliau berkata, 318 laporan polis dibuat ke atas Tian Chua yang membuat kenyataan yang mengaitkan insiden di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara Umno.

"Kita akan lengkapkan kertas siasatan dan akan menyerahkannya kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau menasihati mana-mana pihak agar tidak membuat kenyataan sesuka hati sehingga menyinggung orang ramai.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular