Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 5 Mac 2013

Anak Suluk kecam pencerobohan


Faizal Sisar

SENAI – Persatuan Suluk Bersatu Sabah mengecam perbuatan kumpulan pengikut Sultan Sulu menceroboh Lahad Datu dan Semporna sehingga berlaku pertempuran dengan pihak berkuasa.

Pemangku Presiden, Faizal Sisar berkata, tindakan kumpulan bersenjata itu yang berjuang menuntut Sabah bukan sahaja sia-sia, malah merupakan satu jenayah antarabangsa.

“Kami orang Suluk sendiri mengutuk sekeras-kerasnya dan tidak bersetuju tindakan mencabul kedaulatan negara (Malaysia). Kami warga Suluk berpaksi kepada Agong dan Kerajaan Malaysia yang selama ini hidup dalam keadaan aman damai, mempunyai peluang pekerjaan dan pendidikan yang baik di sini," katanya pada sidang media, semalam.

Faizal berkata, persatuan itu mempunyai 800,000 keahlian di seluruh Malaysia dan hampir 20,000 di Johor yang menjadi pengundi di negara ini.

Beliau berharap kes pencerobohan ini diatasi segera kerana mereka tidak mempunyai hak ke atas Sabah.

“Apa yang penting kini, satu rundingan perlu diadakan dan kerajaan perlu memberi penerangan fakta sebenar, Sabah telah digadaikan dan tidak boleh dituntut, orang Suluk telah bersetuju masuk Malaysia dan menjadi rakyat negara ini.

“Jangan terpengaruh dan berasa ingin berkuasa mempengaruhi tentera DiRaja Suluk, yang tidak diiktiraf sebagai kerajaan dan telah hilang kedaulatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Persatuan Suluk Bersatu Sabah cawangan Johor, Yusop Abdoa sedih dengan insiden yang berlaku.

“Kita orang Sabah keturunan Sulu amat sedih dan anggap perkara ini (menceroboh) adalah tidak wajar.

“Bagi kami apa pun permasalahan pastinya boleh dilakukan secara rundingan dan tidak mahu melihat pertumpahan darah dari mana-mana pihak.

"Saya sendiri ada menghubungi saudara mara di sana, dan mereka juga sedih dengan kejadian ini, biarpun berada dalam keadaan selamat,” katanya.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular