Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 13 Mac 2013

Pemimpin perlu faham sejarah


PETALING JAYA - Setiap ahli politik di negara ini perlu memahami sejarah sebelum memberikan sebarang kenyataan berkaitan fakta sejarah.

Prof Emeratus Tan Sri Khoo Kay Kim berpendapat, tindakan sesetengah ahli politik mengeluarkan kenyataan yang salah boleh menyebabkan berlakunya kepincangan terutama dalam kalangan mereka sendiri.

Katanya, sejarah bukannya hanya perlukan bacaan dan fahaman, malah ia perlu dibincangkan secara berterusan.

“Saya sakit hati apabila isu pencerobohan di Lahad Datu dikaitkan dengan politik. Apa yang berlaku di Lahad Datu ada kaitan dengan sejarah negara pada suatu masa dulu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa isu pencerobohan di Sabah adalah sandiwara Umno.

Pada 1 Mac lalu, portal KeadilanDaily, antara lain, memetik Tian Chua berkata, pencerobohan di Lahad Datu adalah bagi menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

Katanya, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Tian Chua.

“Bagi saya, orang macam dia boleh dihumban dalam penjara. Apabila seseorang tidak faham sejarah, ia hanya menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Kay Kim turut menasihatkan kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina perlu berunding bagi menyelesaikan kemelut pencerobohan militan Sulu di Sabah.

“Jika tiada rundingan, perkara ini tidak akan dapat diselesaikan. Ia harus diselesaikan segera. Filipina masih tidak menggugurkan tuntutan itu, ia kemungkinan besar pasti akan berulang pada masa akan datang,” katanya.

Katanya, isu Lahad Datu ini juga beri kesan terhadap penduduk di Sabah.

“Kasihan penduduk Sabah. Mereka seperti pelarian di negeri sendiri, seolah-olah berlaku peperangan di sana,” katanya.

Menurutnya, jika Jamalul Kiram III ingin meneruskan hasrat membawa tuntutan ke Mahkamah Antarabangsa, ia tetap berpihak kepada Malaysia.

“Mereka (Jamalul) boleh mencuba. Tapi, kes ini sangat lemah. Segala bukti mereka kata ada itu dah tak relevan lagi.

“Sabah masuk dalam Malaysia secara sah melalui Suruhanjaya Cobbold yang dapat persetujuan rakyat negeri itu,” katanya.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular