Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 20 Mac 2013

Pejabat PM nafi pembubaran Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Menurut laman Twitter pejabat media Perdana Menteri, khabar angin itu tidak benar sama sekali "Kenyataan yang tersebar mengenai pembubaran parlimen hari ini, kononnya daripada Pejabat Perdana Menteri, adalah palsu,” demikian menurut laman Twitter itu pada 1.23 tengah hari.

Perkara itu turut disahkan seorang pegawai media Perdana Menteri ketika dihubungi Bernama.

"Tiada pembubaran hari ini,” tegasnya.

Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh Perdana Menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas beliau dilihat keluar daripada Istana Negara pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memasuki perkarangan Istana Negara pada pukul 7.55 pagi dan keluar kira-kira sejam kemudian.

Menjadi kebiasaan bagi Najib untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet setiap Rabu.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular