Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 18 Mac 2013

‘Saya bukan pelacur’ - lelaki lembut

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR -  “Saya bukan pelacur. Saya hanya pakai skirt ini dalam kereta, bukan di tempat umum,” dakwa seorang lelaki lembut berpakaian wanita selepas ditahan di Tasik Permaisuri, Cheras dalam Ops Bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), semalam.

Difahamkan, pondan berusia 30-an itu baru saja menghadiri sebuah parti khas bersama rakan-rakannya sebelum ke Tasik Permaisuri untuk melepak tanpa menyedari ada sekatan jalan raya dan sebaik ditahan, dia enggan turun dari kereta Perodua Myvi.


Bagaimanapun, selepas diarah pegawai JAWI untuk menyerahkan dokumen pengenalan diri, lelaki terbabit akur bagaimanapun mula naik angin selepas jurugambar merakam gambarnya.

Penguasa Penguat Kuasa DBKL Mohd Hisham Izhar berkata, lelaki itu antara enam pondan yang ditahan dalam operasi bermula jam 12 malam hingga 3.30 pagi itu. “Turut ditahan dua lelaki berusia 20-an yang mabuk dan memiliki minuman keras bersama mereka.


“Enam pondan itu ditahan mengikut Seksyen 7 Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan Bilangan 2/85 kerana berpakaian tidak senonoh dan jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya,” katanya.(metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular