Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 5 Jun 2014

Perkosa 2 gadis dengan 38 pemuda ditahan

KOTA BHARU - Seorang pelajar berusia 17 tahun, suspek ke-15 ditahan polis berhubung kes dua remaja perempuan yang didakwa dirogol 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, di sini, minggu lalu.

Suspek ditahan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Jenereh Bongkok, Pulai Chondong, Machang, pada jam 3.45 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, suspek berasal dari Kampung Bonggol Chicha, Kok Lanas, di sini, adalah pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Kota Bharu.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun perintah reman terhadapnya tetap dikenakan bagi membantu siasatan kejadian rogol tersebut.

Semalam, suspek dibawa ke mahkamah pada jam 11 pagi untuk mendapatkan perintah tahanan reman di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Rashid Mustafa.

“Suspek direman enam hari berkuat kuasa hari ini (semalam) di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan dengan penahanan suspek menjadikan jumlah tangkapan keseluruhan setakat ini seramai 15 orang,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular