Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 18 Jun 2014

Tongkang bawa 97 penumpang wn Indonesia tenggelam

BANTING - Polis memburu sindiket yang dipercayai terbabit dalam kejadian tongkang karam yang membawa kira-kira 97 penumpang warga Indonesia di perairan Sungai Air Hitam, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati tongkang berkenaan berlepas kira-kira jam 11 malam dari jeti Sungai Judak di Pulau Carey menuju ke Tanjung Balai, Indonesia.

"Setakat jam 6 petang tadi, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui lima mayat di sekitar perairan Air Hitam, Tanjung Rhu dan Sungai langat.

"Manakala, jumlah yang terselamat adalah 61 orang terdiri daripada 45 lelaki, 12 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 5 hingga 50 tahun," katanya ketika sidang media di pusat Operasi SAR di Jeti Kampung Kelanang, di sini, sebentar tadi.

Abdul Samah turut berkata, daripada 30 mangsa yang kini ditempatkan di Balai Polis Teluk Panglima Garang, 29 daripadanya mempunyai dokumen yang telah tamat tempoh dan pihaknya akan menyiasat kes mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (ATIP).

Siasatan awal polis juga mendapati muatan penumpang berlebihan adalah antara punca tongkang yang biasanya boleh membawa antara 40 hingga 50 orang, karam.

Sebuah Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat juga diaktifkan berikutan kejadian ini.

Pusat operasi itu dibuka di jeti Kelanang, Banting bagi menyelaraskan operasi yang disertai pelbagai agensi penguatkuasaan.(Metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular