Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 15 Januari 2015

Nurul Izzah kini bergelar janda


KOMPLEKS Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta yang menempatkan Mahkamah Tinggi Syariah iaitu lokasi Raja Ahmad Shahrir melafazkan cerai terhadap Nurul Izzah semalam.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, 35, yang merupakan anak sulung kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah bercerai talak satu dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 36, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Kes permohonan cerai yang berlan­jutan selama setahun dan dalam peringkat pelantikan Hakam mencapai kata putus selepas Raja Ahmad Shahrir bersetuju dengan perjanjian penyelesaian kedua-dua belah pihak.

Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain membenarkan perceraian itu setelah meneliti dokumen perjanjian penyelesaian tersebut selain menerima perakuan kedua-dua pasangan terbabit untuk bercerai secara baik.

Nurul Izzah yang hadir berbaju kurung merah jambu kelihatan tenang mendengar lafaz cerai daripada ahli perniagaan tersebut.

Mohd. Amran kemudian mensabitkan jatuh cerai talak satu terhadap Nurul Izzah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan memutuskan pasangan itu sah bercerai pada pukul 4.17 petang.(KOSMO)


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular