Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 12 Februari 2014

Istri Saya tidak Bisa Melayani Saya Pak, karena Kemaluannya Sakit

KAYUAGUNG - MG tega memperkosa putrinya sendiri dengan alasan istrinya yang tunawicara (bisu) tidak bisa melayaninya lagi.

“Istri saya tidak bisa melayani saya pak, karena kemaluannya sakit, sehingga saya khilaf dan melakukannya dengan anak saya sendiri. Saya menyesal pak,” ujar MG di hadapan polisi dan wartawan.

Seperti diberitakan, jajaran Unit Perlindungan Perempuan dan anak (PPA) Polres OKI bersama Polsek Jejawi menangkap MGi (45) warga Desa Cempedak Kecamatan Jejawi Kabupaten Ogan Komering Ilir (OKI), karena bapak 6 anak ini tega memperkosa anak kandungnya berinisial LK (12).

Tersangka ditangkap setelah ketua adat setempat melaporkan peristiwa itu ke Polsek Jejawi.

Di hadapan penyidik LK mengaku telah diperkosa oleh orangtuanya sebanyak 7 kali di rumahnya dengan ancaman akan direndam di dalam air jika korban tidak mau menuruti perbuatan bejat bapaknya.

Perkosaan dilakukan mulai Senin sekitar pukul 20.00. Kemudian perbuatan itu dilakukan berulang kali hingga 7 kali dengan mengancam korban jika berani menceritakan pada orang lain maka akan direndam ke dalam air sungai.


TERKINI: Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak baharu

KUCHING - Menteri Tugas Khas negeri, Tan Sri Adenan Satem, 68, yang juga Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dinamakan sebagai Ketua Menteri baharu berkuatkuasa 1 Mac depan.

Ia berikutan perletakan jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 77, berkuatkuasa 28 Februari nanti.

Hari ini, Abdul Taib telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Yang DiPertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin di Astana Negeri.

"Saya sudah menyerahkan surat perletakan jawatan saya kepada Yang DiPertua Negeri sebentar tadi. Saya gembira kerana semua berjalan lancar seperti yang dirancang.

"Saya juga menamakan Tan Sri Adenan (Satem) sebagai pengganti saya kepada Yang DiPertua Negeri dan ia akan diumumkan pada 1 Mac nanti," katanya.(kosmo)

Selasa, 11 Februari 2014

Rakam anak mandi: Ayah dipenjara enam hari dan didenda RM1,400

AYER KEROH - Padah merakam adegan anak perempuannya sedang mandi, seorang pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara enam hari dan denda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan memiliki rakaman video lucah.

Hukuman itu diputuskan Majistret Syajaratudur Abd Rahman terhadap tertuduh yang berusia 40 tahun selepas mengangguk faham dan mengaku bersalah pertuduhan kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati memiliki sebuah telefon bimbit jenis Sony Ericson W5801 yang mengandungi rakaman video lucah di sebuah rumah di Jalan Pulau Gadong, Klebang Besar kira-kira jam 2.30 pagi pada 24 Januari lalu.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, isteri tertuduh mengambil telefon bimbit milik tertuduh daripada anak lelaki mereka berusia empat tahun, kemudian mendapati terdapat rakaman video anak perempuan mereka berusia 12 tahun sedang berkemban sambil menggosok gigi untuk mandi.

Sebelum ini, isterinya juga pernah melihat rakaman anak perempuan mereka itu sedang tidur tetapi dipadam tertuduh, bimbang perkara lebih buruk berlaku wanita berkenaan membuat laporan polis.

Peguam Ishak Kari yang mewakili tertuduh ketika rayuan memohon mahkamah supaya menjatuhkan hukuman ringan terhadap anak guamnya yang telah insaf.

“Tertuduh hanya bekerja kilang dengan pendapatan kurang RM1,000 dan perlu menanggung anak serta ibu bapa, saya memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman rendah terhadapnya,” katanya.

Bagaimanapun, Nabilah meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran selain mengambil kira faktor tindakan tidak bermoral dilakukan tertuduh terhadap anak sendiri.

Selepas mendengar rayuan dan hujah pihak pembelaan dan pendakwaan, Syajaratudur kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam hari dari tarikh ditangkap pada 5 Februari lalu dan denda RM1,400 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda.

Batu mani gajah: Gadis ini sanggup jual diri RM8,000

AZMAN (gambar kanan) memegang jenglot yang sering digunakan pengamal ilmu hitam. Gambar kiri, Haslinda.

KUALA TERENGGANU - Satu ketika dia ibarat primadona kerana berbekalkan batu mani gajah yang dijadikan tangkal, lebih 50 lelaki kaya dikikisnya sehingga memiliki wang simpanan lebih RM3 juta dalam tempoh cuma setahun.

Bagaimanapun, kuasa amalan syirik itu hanya sementara kerana dia kini menderita pelbagai penyakit selepas isteri seorang lelaki bergelar Datuk yang menjadi mangsanya membalas dendam dengan turut mengenakan ilmu hitam ke atasnya.

Itu kejadian menimpa seorang wanita berusia 31 tahun mahu dikenali sebagai Haslinda yang sebelum ini hidup bergelumang dosa, semata-mata untuk hidup mewah.

“Ada rakan memberitahu mengenai batu mani gajah dimiliki seorang bomoh tinggal di sempadan Siam (Thailand) yang dikatakan mampu membuatkan sesiapa saja tunduk dengan permintaan dan arahan kita.

“Saya sanggup menjual diri bagi memperoleh RM8,000 sebagai bayaran untuk memiliki batu itu dan saya juga memandu beratus-ratus kilometer bersendirian untuk ke rumah bomoh itu dua tahun lalu,” katanya.(Metro)

Ibu tunggal diperkosa selepas cinta ditolak


BERA - Gara-gara marah dan kecewa lamaran cintanya ditolak, seorang lelaki bagaikan dirasuk apabila bertindak kejam merogol wanita tersebut di dalam sebuah ladang getah di Kampung Menteri di sini awal pagi kelmarin.

Lebih dahsyat, mangsa yang juga seorang ibu tunggal terpaksa melalui detik menakutkan apabila dirogol dalam keadaan tangan dan kaki terikat selain muka dan mulut ditutup dengan kain.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu, suspek berusia 47 tahun yang telah berkahwin dikatakan bertindak nekad merogol mangsa selepas enggan menerima cintanya sebelum ini.(Kosmo)

Aku ‘dimadu’ isteri dan larikan RM50,000

KUALA LUMPUR - Remuk redam hati seorang suami apabila isteri yang disangkanya membuat lawatan kerja, rupa-rupanya lari mengikut bekas teman lelaki selepas hubungan mereka terjalin semula menerusi laman sosial facebook (FB).

Lebih mengejutkan, wanita berusia 29 tahun itu turut melarikan wang berjumlah RM50,000 milik suaminya, selain mengugut akan membunuh diri jika dia membuat laporan polis.

 Suami terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 30, berkata, isterinya meninggalkan rumah pada 5 Februari lalu dengan alasan mengikuti lawatan kerja ke Perak bersama rakan sekerja selama tiga hari.

“Bagaimanapun, selepas tiga hari dia masih tidak pulang ke rumah. Bimbang dengan keselamatannya, saya menghubungi beberapa rakan sekerjanya, namun terkejut apabila mereka memberitahu isteri saya memohon cuti seminggu.

“Mereka juga memberitahu tiada sebarang lawatan kerja di Perak dilakukan pihak syarikat sebagaimana yang dikatakan isteri saya,” katanya ketika dihubungi media ( Metro)

Heboh: Suara Rintihan dari kubur

Lokasi menuju tempat pemakaman umum (TPU) di Jalan Abikusno Kertapati Palembang dibuat ramai oleh warga yang ingin mendengar rintihan tangisan di pemakaman tersebut.

PALEMBANG - Warga yang bermukim di Jalan Abikusno Cokrosuyoso Kertapati Palembang, dibuat heboh dengan suara tangisan menyerupai orang merintih dari arah salah satu makam yang berlokasi di Tempat Pemakaman Makam Umum (TPU) Sunan Kertapati yang diduga merupakan makam seorang wanita.

"Subhanallah saya melintas, memang benar ada suara rintihan dari arah makam. Namun saya tak begitu tahu apakah itu suara manusia atau hewan," jelas salah seorang warga, Senin (10/2/2014) yang tinggal tidak begitu jauh dari Tempat Pemakaman Umum (TPU) Sunan Kertapati, seraya mengatakan, dirinya sempat merasa penasaran.

"Apabila didekati suara rintihan tersebut, menghilang. Namun disaat menjauh tidak ada lagi suara," jelasnya, sambil berucap wallallahu alam.

Versi yang lain, tentu berbeda ada yang mengatakan sumber suara rintihan yang diduga berasal dari arah makam merupakan suara rintihan dari seekor anjing yang mengalami cacat pada bagian kaki.

"Memang benar ada suara rintihan seperti layaknya orang yang sedang menangis," ujar Uti, yang juga tinggal tak begitu jauh dari lokasi TPU.

Menurutnya, selama satu minggu belakangan ini sudah setiap malam terdengar suara-suara rintihan.

"Antara iya atau tidak dan percaya tak percaya. Apabila dirasakan seperti suara hewan, ada juga seperti suara rintihan wanita," ungkapnya yang pada saat itu terasa merinding.

Ribuan warga pun berduyun-duyun melihat secara dekat lokasi makam. Bahkan menyebabkan macet sepanjang 3 km di Jalan Abikusno Kertapati Kelurahan Kemang Agung.

Tentu saja, dengan kehebohan ini telah menambah sederetan panjang keanehan yang sudah pernah terjadi di lokasi pemakaman umum tersebut. Mengingat fenomena enam tahun silam, masyarakat setempat dibuat heboh dengan jenazah seorang wanita masih utuh padahal sudah dimakamkan selama 8 tahun lebih.

Hal tersebut disaksikan secara langsung oleh puluhan hingga ratusan warga yang melihat kondisi jenazah beserta kain kafan yang masih utuh. Namun fenomena makam menangis kali ini belum terbukti secara langsung oleh warga yang datang ke lokasi makam.

"Apakah benar atau tidak," ujar warga yang tak ingin disebutkan namanya ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular