Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 28 Oktober 2011

Lemas tertonggeng di dalam baldi

Anggota polis mengusung mayat budak ditemui lemas dalam baldi, semalam.






IPOH - Tindakan seorang ibu meninggalkan anak perempuan berusia tiga tahun mandi bersendirian, berakhir dengan tragedi apabila kanak-kanak itu ditemui lemas dalam keadaan tertonggeng di dalam baldi di bilik air rumahnya di Taman Rasi, Menglembu, dekat sini, pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu disedari wanita itu sejurus pulang ke rumahnya selepas keluar sebentar kerana mempunyai urusan.

Perasaan tidak sedap hati ibu mangsa selepas beberapa kali tidak menyahut panggilannya menjadi kenyataan sejurus menjenguk ke bilik air apabila melihat anaknya, tertonggeng di dalam baldi.

Dia segera mengeluarkan mangsa dan cuba menggerakkan badan serta memanggil nama anaknya, namun tidak mendapat sebarang reaksi apabila mangsa tetap kaku tidak bergerak.

Ibu mangsa yang masih tidak berputus asa kemudian membawa kanak-kanak itu ke sebuah klinik berdekatan untuk rawatan kecemasan tetapi doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan anaknya sudah meninggal dunia.

Gara-gara bersenda: Wanita patah hidung




KUANTAN - Gurauan seorang jurujual wanita dengan menyembunyikan dompet sepupunya membawa padah apabila dia dibelasah oleh pemuda itu sehingga patah hidung di Taman Raub Jaya, Raub kelmarin.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari, suspek lelaki itu dipercayai telah menyepak, menumbuk dan menghentak kepala mangsa ke dinding selepas dia memulangkan dompet tersebut kepadanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan dan Perundangan Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, sebelum kejadian suspek yang berusia 22 tahun itu pada sebelah pagi hari itu pergi ke tempat kerja mangsa yang bekerja di sebuah kedai perabot.

"Mangsa menyembunyikan dompet mangsa untuk tujuan bergurau bagaimanapun pada waktu tengah harinya, mangsa ke rumah sepupunya untuk memulangkan semula dompet berkenaan.

"Selepas memulangkan dompet itu, mangsa dihalang keluar dari rumah sebelum suspek membelasahnya dengan menumbuk, menyepak serta menghentak kepala mangsa ke dinding," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Menurut beliau, mangsa yang cedera teruk kemudian pergi mendapatkan rawatan di Hospital Raub sebelum membuat laporan polis.

"Hasil pemeriksaan x-ray, hidung mangsa disahkan patah. Kejadian itu lebih kepada salah faham antara kedua-dua pihak.

"Dipercayai pemuda itu terlalu marah kerana mahu menggunakan MyKad miliknya yang diletakkan dalam dompetnya itu untuk menjalani latihan lesen memandu kenderaan pada hari tersebut," katanya.

Tambah beliau, suspek kemudian ditahan polis di lokap IPD Raub sejurus laporan dibuat bagi membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan parah.

Bola sepak final: Beli tiket bukan wang kerajaan !!

Datuk Seri Mohamad Hasan






SEREMBAN - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan tohmahan liar segelintir pihak yang menuduh beliau menggunakan wang kerajaan untuk membiayai subsidi tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dan Terengganu, malam ini.

Beliau berkata, PBNS terpaksa membuat pengorbanan dengan menggunakan sebahagian daripada hasil jualan tiket yang bakal diraih malam ini agar penyokong Skuad Hobin Jang Hobin cuma perlu membayar harga tiket RM30 sahaja.

“Jangan tuduh saya guna duit kerajaan dan duit Baitulmal untuk menampung perbezaan harga sebanyak 30,000 tiket yang dijual kepada orang ramai.

“PBNS terpaksa mengeluarkan wang daripada poket sendiri setelah mendapati jualan tiket agak perlahan susulan keengganan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berganjak daripada keputusan menjual tiket pada harga RM50,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Klinik Wakaf An-Nur di Senawang, di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, pihak PBNS tidak pernah bersetuju dengan harga yang ditetapkan oleh FAM kerana ia difikirkan terlalu mahal dan membebankan penyokong.

Sehubungan itu, kata Mohamad, semua pihak diminta agar jangan membuat spekulasi mengatakan PBNS bersetuju dengan tindakan FAM.

“Tiada persetujuan antara kedua-dua belah pihak. Jangan menuding jari kerana mahu menutup kesalahan sendiri dan jangan bercakap jika tiada fakta,” katanya.

Berhubung ganjaran kepada pasukan, menurut beliau, PBNS tidak memberi sebarang janji namun jasa pemain dan pegawai pasukan mengharumkan nama negeri ini di persada bola sepak negara akan dihargai.

“Bila sudah menang nanti tahulah kita macam mana untuk menghargai pasukan kita,” katanya.

Imam larikan wang zakat serah diri




JOHOR BAHRU - Disebabkan malu wajahnya disiarkan di akhbar, bekas imam di sebuah masjid di Kulaijaya di sini akhirnya menyerah diri kepada polis semalam bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan wang zakat fitrah tahun lepas.

Menurut Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail, bekas imam itu, dikenali sebagai Redzuan Mohd. Said itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Katanya, suspek bertindak demikian apabila dihubungi ahli keluarga yang memujuk agar dia menyerah diri setelah malu wajahnya disiarkan di televisyen dan akhbar.

"Hasil siasatan awal polis mendapati suspek mengaku selama ini dia berada di Ipoh, Perak dan bekerja sebagai guru tahfiz.

"Dia kini ditahan untuk membantu siasatan dan reman akan dibuat esok (hari ini).

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak media kerana membantu kami menyiarkan maklumat sehingga suspek sendiri membuat keputusan menyerah diri kepada polis," katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo! semalam melaporkan polis sedang memburu suspek yang dipercayai terlibat dengan penipuan wang zakat tahun lepas.

Suspek yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) sebagai Amil Fitrah bagi kawasan Kulaijaya disyaki gagal menyerahkan kembali wang kutipan zakat sebanyak RM18,000.

Sementara itu, Pengerusi MAIJ, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, satu mesyuarat akan diadakan minggu hadapan untuk mencari sistem terbaik bagi mencegah insiden penipuan wang zakat daripada berulang.

Katanya, meskipun kes penipuan yang membabitkan suspek merupakan kes terpencil, namun ia secara tidak langsung menjejaskan nama baik banyak pihak.

"Seingat saya, ini merupakan kes pertama seumpamanya yang berlaku di MAIJ tetapi kami akan mengambil tindakan lanjut bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang.

"Saya akan memanggil semua pegawai saya minggu hadapan dan mengadakan mesyuarat bagi memperkemas sistem kutipan dan penyerahan wang zakat," katanya ketika dihubungi wartawan semalam.

Sementara itu di Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berharap semua Majlis Agama Negeri berhati-hati dalam memilih dan seterusnya melantik golongan amil bagi mengutip wang zakat pada masa akan datang.

Bola sepak final: Tiket dijual RM45 pasaran gelap

KAPTEN Negeri Sembilan, Shukor Adan (kiri) dan kapten Terengganu, Marzuki Yusoh berjabat tangan pada sidang media final Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam semalam.





KUALA TERENGGANU – Walaupun tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia Piala 2011 di antara Terengganu dan Negeri Sembilan esok dilaporkan telah habis dijual kelmarin, namun sudah ada individu yang menjualnya di pasaran semalam.

Penjualan tiket itu dipercayai dilakukan individu yang membeli secara borong menerusi harga subsidi yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri, dan menjualnya semula dengan harga hampir dua kali ganda.

Perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu ibarat menangguk di air keruh dan jelas menunjukkan mereka mahu mengaut keuntungan lebih, memandangkan ramai peminat yang kecewa kerana tidak berpeluang ke Stadium Shah Alam kerana kehabisan tiket.

Tinjauan di pekarangan pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di sini semalam mendapati, terdapat sekurang-kurangnya seorang penjual tiket pasaran gelap berlegar-legar untuk mencari pembeli tiket yang sanggup membayar dengan harga lebih.

Difahamkan, tiket yang dibeli pada harga subsidi RM25 itu dijual semula kepada peminat yang gagal membeli tiket kelmarin dengan harga RM45 sekeping, dan masih mendapat sambutan daripada segelintir peminat biarpun mereka terpaksa membayar lebih mahal daripada harga asal.

Seorang pembeli yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Shafiq berkata, dia terpaksa membeli tiket itu walaupun terpaksa membayar harga tinggi kerana tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan perlawanan akhir esok.

“Sebaik dapat tahu harga tiket habis, saya pergi pejabat Dun dulu sebab orang cakap tiket ada dijual di situ tapi masih belum dapat lagi.

“Sebab itu saya terus datang sini (pejabat PBSNT) kalau-kalau masih ada tiket,” katanya yang datang bersama seorang rakan.

Hamili Santrinya, Seorang Guru Ngaji Diusir Warga



LUMAJANG - Ratusan warga Desa Purworejo Kecamatan Senduro, Lumajang beramai-ramai mendatangi balai desa setempat. Mereka menuntut dan mengusir dua orang yang diduga berbuat asusila yakni seorang guru ngaji dan santrinya yang kini berusia 14 tahun hamil 6 bulan.

Guru ngaji itu diketahui bernama Abdul Hadi (26) yang ikut istrinya, Marni (17) tinggal di desa itu. Namun Abdul Hadi membantah tudingan itu. Bahkan korban berinisial LW mengaku yang menghamilinya warga Yosowilangun bernama Masudi.

Padahal 2 minggu sebelumnya, LW mengaku yang menghamili dirinya adalah Abdul Hadi.

Kaur Pemerintahan Desa Purworejo Nafi'a M membenarkan aksi massa. Hanya saja kedatangan warga dan guru ngaji serta LW tidak menemukan titik temu.

Dari hasil pertemuan tersebut, kata dia, warga tidak menemukan titik temu. Akibatnya warga sempat berang dan merusak fasilitas kantor desa. Beruntung ada pengamanan Polres Lumajang sehingga tidak sampai ada korban luka.

"Dan Abdul Hadi dibawa ke Polres Lumajang oleh petugas. Karena warga tetap bersitegas mengusir paksa guru ngaji dan santriwati tersebut dari Desa. Sebab, warga tetap yakin dengan tudingannya, jika Abdul Hadi yang menghamili LW. Sedangkan hasil pertemuan itu sendiri tidak ada, karena tidak adanya pengakuan," tegasnya.

Biadab! 3 Pemuda Gilir Gadis Tuna Grahita Dalam Mobil




JAKARTA - Tiga orang pemuda berkomplot memperkosa seorang gadis tuna grahita berusia 21 tahun. Perbuatan bejat itu dilakukan secara bergiliran di dalam mobil. Ketiga tersangka kini sudah ditangkap polisi.

Peristiwa naas itu dialami ER pada 23 Oktober lalu. Kala itu ER yang sedang membuang sampah dihampiri oleh tersangka, Jamal (21). Lewat perkenalan singkat itu ER termakan dengan bujukan Jamal.

Setelah dibawa berputar-putar dengan sepeda motor, ER dikenalkan dengan Andi dan Tole. Selanjutnya, mereka bertukar kendaraan pergi dengan menumpang mobil Toyota Kijang B 8303 GT. ER diperkosa saat mobil melintas di jalan Cidodol, Kebayoran Lama.

"Dalam perjalanan korban diperkosa, digilir oleh tiga tersangka," ujar Kasat Reskrim Polres Metro Jakarta Selatan AKBP Budi Irawan kepada wartawan, Kamis (27/10/2011).

ER pertama kali diperkosa oleh Jamal, setelah puas Jamal bertukar posisi dengan Andi selanjutnya Andi berganti posisi dengan Tole. Dibawah ancaman, ER tak kuasa melawan nafsu bejat ketiga pemuda itu.

Setelah puas, ER kembali diantar ke rumahnya di kawasan Kebayoran Lama pada siang hari. Karena panik takut ulahnya ketahuan, mobil yang dikendarai para tersangka sempat menabrak tiang listrik.

"Ada saksi yang melihat ER diturunkan dari dalam mobil Kijang," kata Budi.

Dihadapan orang tuanya, kata Budi, ER menceritakan peristiwa yang dialaminya. Berdasarkan keterangan ER dan saksi mata polisi akhirnya dapat menangkap para tersangka pada Rabu 26 Oktober kemarin di rumahnya di Kebayoran Lama.

"Ketiga tersangka sudah kita tangkap," imbuhnya.

Menurut Budi, salah seorang pelaku Andi merupakan mahasiswa di Jakarta sedangkan dua pelaku lain merupakan pengangguran. ER diketahui memiliki keterbelakangan mental.

"Korban kondisinya mengalami keterbelakangan mental," tandasnya.

Para tersangka kini mendekam di sel tahanan Polres Metro Jakarta Selatan. Ketiganya dijerat pasal 285 KUHP tentang pemerkosaan dengan ancaman 9 tahun penjara.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular