Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 28 Oktober 2011

Bola sepak final: Beli tiket bukan wang kerajaan !!

Datuk Seri Mohamad Hasan






SEREMBAN - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan tohmahan liar segelintir pihak yang menuduh beliau menggunakan wang kerajaan untuk membiayai subsidi tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dan Terengganu, malam ini.

Beliau berkata, PBNS terpaksa membuat pengorbanan dengan menggunakan sebahagian daripada hasil jualan tiket yang bakal diraih malam ini agar penyokong Skuad Hobin Jang Hobin cuma perlu membayar harga tiket RM30 sahaja.

“Jangan tuduh saya guna duit kerajaan dan duit Baitulmal untuk menampung perbezaan harga sebanyak 30,000 tiket yang dijual kepada orang ramai.

“PBNS terpaksa mengeluarkan wang daripada poket sendiri setelah mendapati jualan tiket agak perlahan susulan keengganan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berganjak daripada keputusan menjual tiket pada harga RM50,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Klinik Wakaf An-Nur di Senawang, di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, pihak PBNS tidak pernah bersetuju dengan harga yang ditetapkan oleh FAM kerana ia difikirkan terlalu mahal dan membebankan penyokong.

Sehubungan itu, kata Mohamad, semua pihak diminta agar jangan membuat spekulasi mengatakan PBNS bersetuju dengan tindakan FAM.

“Tiada persetujuan antara kedua-dua belah pihak. Jangan menuding jari kerana mahu menutup kesalahan sendiri dan jangan bercakap jika tiada fakta,” katanya.

Berhubung ganjaran kepada pasukan, menurut beliau, PBNS tidak memberi sebarang janji namun jasa pemain dan pegawai pasukan mengharumkan nama negeri ini di persada bola sepak negara akan dihargai.

“Bila sudah menang nanti tahulah kita macam mana untuk menghargai pasukan kita,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular