Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 27 Oktober 2011

Korban dan aqiqah kambing gurun masih dibuka



SINGAPURA - MESKIPUN harga kambing korban tahun ini jauh lebih tinggi berbanding tahun lalu, tempahan bagi sekitar 4,000 kambing kini hampir dipenuhi.

Malah, tempahan bagi kambing biri-biri sudah pun ditutup kelmarin, tiga hari sebelum tarikh penutupan rasmi Jumaat ini .

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS) kelmarin, tempahan kambing gurun bagi ibadah korban dan aqiqah bagaimanapun masih boleh dibuat sehingga Jumaat ini, selagi bekalan masih ada.

Sejauh ini, terdapat sekitar 300 kambing gurun untuk ditempah.

Ketika dihubungi, pengerusi JKMS, Haji Saat Matari, berkata kambing-kambing juga telah mula dikuarantin selama seminggu di Perth dan Adelaide di Australia semalam dan dijangka tiba di Singapura menerusi pesawat selewat-lewatnya Sabtu depan.

Katanya bilangan tempahan yang diterima tahun ini adalah seperti yang dijangkakan.

Berbanding tahun lalu, bilangan kambing yang ditempah JKMS - yang mewakili 42 masjid dan satu pertubuhan Melayu/Islam - dikurangkan sebanyak 20 peratus kerana akur harga kambing yang tinggi akan menjejas rancangan ibadah korban sebilangan Muslim.

'Saya anggap harga kambing korban yang tinggi tahun ini membimbangkan masyarakat Islam. Itu kami akur.

'Namun begitu, saya rasa masyarakat Islam masih mahu syiar Islam terus dihidupkan di sini. Mereka kian sedar tentang ibadah korban dan mahu anak-anak mereka saksikan ibadah setahun sekali itu dilakukan di Singapura,' kata Haji Saat.

Mini Environment Services Pte Ltd (MES) yang memenangi tender JKMS membekalkan kambing korban yang diluluskan (AKV) mengenakan harga $443.50 bagi kambing biri-biri dan $375 bagi kambing gurun.

Harga kambing biri-biri itu adalah yang tertinggi sejauh ini, berbanding $375 tahun lalu, $293 pada 2007 dan $270 pada 2006.

Ditanya mengapa kambing biri-biri lebih laris meskipun harganya lebih tinggi, Haji Saat berkata antara sebabnya ialah kambing gurun lebih agresif dan susah ditangkap.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular