Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 28 Oktober 2011

Bakal jemaah kurang senang, penuh pertanyaan

Encik Mohd Osman telah siap untuk berangkat ke tanah suci esok tetapi sehingga malam tadi masih belum mendapat visa.





SINGAPURA - ENCIK Mohd Osman Salleh telah melunaskan bayaran pakej hajinya sebanyak $10,000 dan mengadakan kenduri doa selamat di rumahnya di Singapura dan Malaysia.

Namun, hasrat beliau menunaikan ibadah haji buat kali pertama mungkin tidak kesampaian - visa hajinya belum diluluskan.

Encik Mohd Osman, jurugambar Berita Harian berumur 56 tahun, antara lebih 650 bakal jemaah yang gagal mendapatkan visa haji tahun ini.

Beliau, seperti bakal jemaah lain yang terjejas, meluahkan kekecewaan, kesedihan dan rasa kurang senang semalam, dan mempunyai pelbagai soalan.

Sehingga kini Encik Mohd Osman belum menerima notis rasmi menyatakan beliau tidak mendapat visa, dan ini membuat keadaan kurang menentu bagi beliau.

Padahal awal sebelum ini beliau telah mendapat surat rasmi daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bahawa beliau telah mendapat tempat, kata Encik Mohd Osman.

Beliau berpendapat pihak berkuasa tidak sepatutnya memberi harapan kepada jemaah bahawa visa tambahan boleh didapatkan.

Singapura secara rasmi diberi kuota visa haji bagi 680 jemaah.

Namun, setiap tahun pihak berkuasa setempat membuat rayuan bagi mendapatkan visa tambahan agar lebih ramai jemaah dapat menunaikan ibadah haji.

Tahun lalu, misalnya, hasil perbincangan dengan Arab Saudi, 2,180 jemaah Singapura mengerjakan haji - tambahan 1,500 orang daripada kuota rasmi 680 yang diberi.

Encik Mohd Osman telah menempah pakej haji TM Fouzy Travel & Tours dan dijadualkan berlepas ke tanah suci esok.

Namun sehingga malam tadi beliau belum mendapat visa.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular