Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 26 Oktober 2011

Berek Polis Muara terbakar

Anggota bomba dan penyelamat berusaha untuk memadamkan api kebakaran.





BANDAR SERI BEGAWAN - Ketika penghuni-penghuni sebuah blok Berek Polis Muara sedang berehat dan menikmati jamuan tengah hari, mereka dikejutkan dengan bunyi dentuman dan jeritan orang mengenai kebakaran yang berlaku di tempat tinggal mereka, tengah hari tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada kira-kira pukul 12.57 tengah hari tadi dan seramai 8 anggota bomba dan penyelamat yang menggunakan dua buah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Operasi itu diketuai oleh Pegawai Pemerintah Operasi 'A' Pemangku SSFR Haji Janaidi Haji Gunong di mana anggota-anggota bomba yang bertugas berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 5 minit.

Menurut kenyataan dari Bomba lagi, kebakaran itu melibatkan 4 buah unit yang mengalami kerosakan terus dan sebuah unit lagi mengalami kerosakan disebabkan oleh air.

Menurut salah seorang penghuni Berek ketika ditemu bual oleh Media Permata, L/KPL Kirah Anak Lunyung, beliau sedang beristirahat di bilik manakala isteri dan anak-anak beliau sedang makan tengah hari apabila mereka terdengar bunyi dentuman yang kuat serta jeritan dari jiran-jiran ketika kebakaran.

Beliau dan keluarga dengan pantas keluar meninggalkan tempat kediaman mereka dan apabila beliau masuk kembali untuk mengambil dokumen, beliau mengalami kecederaan di bahagian lengan melecur disebabkan oleh haba yang panas.

Pasukan Polis Diraja Brunei amat prihatin terhadap kebajikan anggota-anggotanya di mana bantuan segera telah dihulurkan untuk membantu meringankan beban mangsa kejadian berkenaan.

Hadir untuk menghulurkan bantuan segera kepada dua mangsa kejadian berkenaan ialah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei dan Muara, Snr Supt. Azahari Haji Awang Besar.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular