Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 31 Oktober 2011

Artis Malaysia: Nadia diarah bayar RM50,000

Gambar kecil, Nadia, kena bayar.






KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, semalam memerintah pelakon Nadia Mustafa membayar ganti rugi RM50,000 kepada seorang lagi pelakon, Lisdawati berhubung saman fitnah terhadap penyiaran artikel di Majalah Media Hiburan, enam tahun lalu.

Hakim Yong Zarida Sazali membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan saman fitnah difailkan Lisdawati terhadap Nadia tahun lalu.

Beliau turut memerintahkan Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, membayar kadar faedah empat peratus bermula dari tarikh penghakiman iaitu semalam hingga tarikh penyelesaian kes serta membayar kos mengikut skala.

“Selepas meneliti hujahan dan keterangan pihak-pihak, mahkamah membenarkan tuntutan plaintif,” katanya.

Nadia dan Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 33, bagaimanapun tidak hadir pada prosiding semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular