Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 31 Oktober 2011

Perawat Darusysyifa' berguru di Malaysia



BANDAR SERI BEGAWAN - Dalam usaha mengeluarkan lebih ramai lagi perawat perubatan Islam berkemahiran daripada kalangan anggotanya, Darusysyifa' Warrafahah melangkah setapak lagi dengan pelancaran program latihan intensif untuk anggota yang dipilih daripada kalangan Musa'id yang sekarang menjalani penempatan.

Program itu berbentuk penempatan di Darussyifa' Bangi, Malaysia, di bawah ri'ayah dan isyraf Pengasas Persatuan Perubatan Islam dan Kebajikan Malaysia, Prof Dato Dr Haron Din.

Seramai 25 orang terpilih dibahagikan kepada beberapa kumpulan akan dihantar mengikut giliran bagi mengikuti program itu yang bermula hari ini dan berakhir penghujung Disember nanti.

Majlis penyampaian tiket penerbangan dan insentif kepada kumpulan pertama yang terdiri daripada sembilan anggota diadakan baru-baru ini di Rumah Darusysyifa' Warrafahah, Jalan Madang.

Penyampaian tiket penerbangan kepada kumpulan pertama itu disempurnakan sendiri Pengerusi Darusysyifa' Warrafahah, Dato Paduka Ahmad Bukhari bin PSRK Abu Hanifah. Sementara penyampaian insentif disampaikan Penasihat Darusysyifa' Warrafahah, Pengiran Haji Md Zain Pengiran Haji Damit.

Antara lain atur cara latihan di Darussyifa' Bangi nanti adalah menghadiri sesi rawatan bersama Prof Dato' Dr Haron serta perawat kanan Darussyifa' Bangi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular