Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 28 Oktober 2011

Brunei: Aidiladha disambut 7 November




BANDAR SERI BEGAWAN - Penglihatan bagi anak bulan Zulhijjah adalah sabit tidak kelihatan, maka bulan Zulkaedah telah digenapkan menjadi 30 hari.

Dengan itu permulaan bagi awal bulan Zulhijjah 1432H jatuh pada hari Sabtu bersamaan 29 Oktober 2011.

Hasil merukyah awal bulan Zulhijjah 1432H pada petang ini telah diumumkan secara langsung melalui Radio Televisyen Brunei. Sehubungan dengan itu, umat Islam di negara ini akan mula merayakan Hari Raya Aidiladha pada hari Isnin, 10 Zulhijjah 1432H bersamaan 7 November 2011.

Sementara itu, petang tadi satu majlis keagamaan diadakan di Kementerian Hal Ehwal Agama bagi menanti hasil usaha merukyah awal bulan Zulhijah 1432 Hijrah di tempat yang ditentukan di seluruh negara.

Hadir bagi menyerikan Majlis tersebut ialah Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom Pengiran Haji Bahar.

Majlis Keagamaan tersebut dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Johan Qari Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara 2011 Awangku Md. Amirul Aiman Pengiran Haji Marzuki dan seterusnya diserikan dengan persembahan tausyeh oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Pengajian Islam di Kementerian Hal Ehwal Ugama.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular