Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 31 Oktober 2011

Irfan: 'Selamat tinggal Terengganu'

IRFAN (kanan) mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak yang ditawarkan PBSNT selepas dua musim membimbing Terengganu.






KUALA TERENGGANU - Jurulatih pasukan bola sepak Terengganu Irfan mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak yang ditawarkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBS- NT).

Keputusan mengejut itu dibuat kurang dua hari selepas Terengganu gagal menjuarai Piala Malaysia setelah tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Menurut Irfan yang baru dua musim bersama Terengganu, keputusan yang dibuatnya itu adalah atas persetujuan bersama kedua-dua pihak.

"Selepas berbincang dengan PBSNT, saya membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak dua tahun yang ditawarkan sebelum ini.

"Ia memang sukar tetapi saya terpaksa membuatnya juga kerana saya inginkan cabaran baharu bersama pasukan lain," kata Irfan semalam.

Dalam nada sebak, Irfan turut mengakui, keputusan itu sesuatu yang sukar untuk di- lakukannya selepas melihat kebangkitan yang dipamerkan Terengganu sepanjang musim lalu.

Malah, beliau secara terbuka mendedahkan, pasukan Terengganu merupakan pasukan terbaik yang pernah dibimbingnya sejak menjadi jurulatih lebih 20 tahun lalu.

"Daripada penjaga gol sehinggalah kepada barisan penyerang, Terengganu memiliki pakej yang cukup lengkap.

"Saya sayangkan pasukan ini dan saya sayangkan pemain-pemain saya. Mereka telah memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang dua musim saya berada di sini," ujarnya yang mempunyai kontrak sehingga 31 November ini.

Ditanya adakah faktor dalaman mendorong keputusannya untuk menarik diri, Irfan enggan mengulas sebaliknya memberi alasan inginkan cabaran baharu.

"Saya tiada masalah dengan pasukan tetapi saya cuma inginkan cabaran. Saya juga ada hati dan perasaan seperti orang lain, jadi biarkan keputusan ini dihormati," jelasnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular