Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 27 Oktober 2011

Air memancut 20 kaki jalan raya sesak

Beginilah keadaan pancutan air, dipercayai berpunca daripada salur air paip pecah yang menyebabkan berlaku kesesakan teruk lalu lintas di Kampung Jangsak petang semalam.





BANDAR SERI BEGAWAN - Air setinggi hampir 20 kaki yang tiba-tiba memancut keluar di tengah-tengah jalan raya Kampong Jangsak mengejutkan pengguna jalan raya dan penghuni sekitarnya petang ini.

Berikutan kejadian itu, kesesakan teruk berlaku di kawasan terbabit, tambahan lagi kejadian berlaku sewaktu orang pulang dari kerja dan mengambil anak balik dari sekolah.

Bagaimanapun anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu lintas berada di tempat kejadian untuk mengawal keadaan.

Pancutan air itu dipercayai berpunca dari saluran paip air yang pecah namun kesahihan punca belum dapat dipastikan oleh pihak terbabit yang berada di tempat kejadian untuk menjalankan pemeriksaan.

Ketika wartawan melalui kawasan pancutan air itu, kelihatan rekahan pada sekitar permukaan jalan raya.

Talian hotline Jabatan Kerja Raya ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan daripada orang ramai pada pukul 5:11 petang ini mengenai berlakunya pancutan air tersebut.

Media dimaklumkan mengenai penutupan sementara bekalan air di kawasan Kampung Jangsak, Jalan Dadap Kilanas, kawasan Gadong, Kampung Mata-Mata, Kampung Sungai Tilong, Kampung Sungai Hanching, Kampung Salambigar, Kampung Sungai Akar, Kampung Orang Kaya Besar Imas, Kampung Perpindahan Burong Pinggai, Ong Sum Ping, Jalan Menteri Besar, Anggerak Desa, Kampung Delima dan kawasan Melabau bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dijalankan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular