Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 29 Oktober 2011

Larikan wang zakat: Bekas Imam direman 4 hari




JOHOR BAHRU - Bekas imam sebuah masjid di Kulaijaya yang menyerah diri kepada polis semalam bagi membantu siasatan kes penipuan wang zakat fitrah, kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut kes itu sebelum kertas siasatannya diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

"Setakat ini keterangan daripada suspek telah diambil dan sebaik sahaja kertas siasatan siap kita akan serah kepada DPP bagi tujuan pertuduhan di mahkamah," katanya di sini, hari ini.

Kelmarin, akhbar melaporkan bekas seorang imam yang dilantik oleh Majlis Agama Islam negeri Johor (MAIJ) sebagai amil fitrah bagi kawasan Kulaijaya didakwa gagal menyerahkan kembali kutipan wang zakat, RM18,000 tahun lalu.

Suspek yang berusia 28 tahun dan sudah berumahtangga menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya semalam, selepas dipujuk ahli keluarga setelah wajahnya disiarkan di televisyen dan akhbar.

Kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular