Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 31 Oktober 2011

Masjid Kampung Siglap dibuka semula kepada jemaah

Naib Pengerusi Kedua Masjid Kampung Siglap, Hj Mohd Anis Tairan, menyampaikan ucapan singkat kepada para jemaah yang datang untuk beribadah di masjid tersebut semasa ia dibuka semula kepada orang awam.





SINGAPURA - MASJID Kampung Siglap (MKS) telah dibuka semula kepada orang ramai kelmarin selepas dua tahun menjalani kerja-kerja pembinaan semula menyusuli satu kebakaran pada 2009.

Pembukaan tidak rasmi yang dinanti-nantikan itu disambut dengan penuh rasa syukur oleh para jemaah yang mendambakan peluang untuk beribadah di masjid tersebut.

Lebih 300 jemaah telah membanjiri dewan solat utama tingkat satu masjid berkenaan kelmarin untuk mendirikan solat zohor, yang diimamkan Ketua Tahfiz Darul Quran Singapura, Ustaz Mohd Qusairy Thaha Alhafiz.

Kebakaran pada 6 Oktober 2009 itu telah memusnahkan sebahagian besar masjid tersebut hingga ia terpaksa menjalani kerja-kerja pembangunan semula yang menelan belanja sekitar $6 juta.

Menurut Pengerusi MKS, Haji Nailul Hafiz Abdul Rahim, para jemaah rata-rata gembira dengan pembukaan semula masjid itu.

'Bahkan ada seorang jemaah menitiskan air mata melihat masjid sudah siap untuk digunakan,' kata Haji Nailul.

Menurut beliau, pembukaan awal masjid itu juga bertujuan untuk membolehkan jemaah memberikan maklum balas mengenai kawasan yang menjadi keprihatinan mereka dan cara-cara untuk mempertingkatkannya.

'Kami mahu orang ramai datang dan rasakan sendiri suasana baru masjid dan kami mengambil peluang ini untuk memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) kami. Kami mengalu-alukan maklum balas para jemaah,' ujar beliau.

Dengan selesainya kerja-kerja baik pulih, masjid itu kini mampu menampung sekitar 3,100 jemaah, lebih sedikit daripada bilangan sebelum ini.

Buat masa ini, hanya dewan solat di tingkat satu dibuka kepada jemaah, manakala seluruh kawasan dewan solat di tingkat satu dan dua akan dibuka kepada jemaah selepas majlis perwakafan pada 4 November ini, sempena solat Jumaat pertama sejak masjid itu dibaik pulih.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular