Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 29 Januari 2012

Ternyata Mahasiswa PTN Setubuhi 4 kali Calon Bidan




JAKARTA- Polisi saat ini sudah menangkap Suwarno (24) alias Iwing, seorang mahasiswa perguruan tinggi negeri yang duduk di semester delapan.Ia diduga menjadi pemerkosa JM (18).

Suwarno ditangkap jajaran Polda Metro Jaya di Solo, Jawa Tengah, saat akan kembali ke Jakarta, Kamis (26/1/2012) sore. Dari Suwarno, ternyata polisi mendapatkan cerita yang berbeda, sehingga polisi harus melakukan kroscek di antara Suwarno dan JM untuk menemukan kepastian.

Berdasarkan laporan yang diterima polisi, Minggu (20/1/2012), JM mengaku bahwa diperkosa di sekitar Stasiun Kereta Api di Kebayoran Baru, setelah turun dari angkutan umum.

Namun, Suwarno justru mengaku bahwa hubungan badan dilakukan di sebuah kamar kos-kosan di daerah Ciputat. Bahkan pada malam kejadian mereka behubungan badan hingga empat kali. Selain itu, di antara keduanya sebelumnya pun memiliki hubungan. JM merupakan teman sekolahnya Suwarno.

Jenazah ustazah Esah mangsa pembunuhan dikebumikan.

Jenazah Allahyarhamha Asnah Aziz, yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan anak bongsunya Khamis lali, tiba di flat anak perempuannya di Eunos Cresent dari hospital sekitar 2.30 petang semalam.



SINGAPURA - Jenazah Allahyarhamha Asnah Aziz, yang lebih dikenali sebagai Esah, telah dibawa pulang dari rumah mayat ke flat anak perempuannya di Blok 21, Eunos Crescent, sekitar 2.30 petang semalam, selepas dibedah siasat.

Allahyarhamha, 55 tahun, ditemui mati berlumuran darah dengan kesan luka di tubuhnya di lantai dapur flat beliau Khamis lalu.

Anak lelakinya, Mohamed Redha, 30 tahun, seorang jururawat, telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah kelmarin atas tuduhan membunuh, dan kini direman bagi penilaian psikiatri.

Tertuduh dikatakan tinggal dengan Allahyarhamha bersama isterinya, warga Filipina, dan anaknya berusia tujuh tahun di flat tingkat 12, Blok 20, Eunos Crescent.

Allahyarhamha difahamkan mempunyai seorang lagi anak lelaki dan seorang anak perempuan yang kedua-duanya telah berkahwin, serta lima cucu yang berusia antara dua hingga sembilan tahun.

Ketika ditemui semalam, menantu Allahyarhamha yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Mohd, berkata ibu mentuanya itu seorang yang lembut dan penyayang dan rapat dengan Mohamed Redha.

Mohamed Redha juga selalu mengutamakan ibunya, tambah Encik Mohd.

'Kami sekeluarga selalu berkumpul pada hari cuti untuk mengeratkan lagi pertalian keluarga.

'Semua orang gembira hari itu dan kakak ipar saya masak untuk kami. Saya tak nampak apa-apa yang aneh,' katanya dengan mata yang jelas merah, menahan tangisan.

Encik Mohd juga menyifatkan ibu mentuanya sebagai seorang yang peramah, senang bergaul serta mudah mesra, dan mengutamakan anak-anak dahulu sebelum dirinya.

'Allahyarhamha tak lokek dan suka tolong orang, mengikut kemampuannya. Kadang-kadang, Allahyarhamha akan beri makanan kepada jiran dan sedekah kepada orang susah,' ujarnya sambil merenung jauh.

Flat Encik Mohd di Eunos Crescent semalam tidak putus-putus dengan pengunjung yang datang untuk melawat.

6 anggota kanan SPP letak jawatan

Encik Benjamin Pwee




SINGAPURA - ENAM anggota kanan Parti Rakyat Singapura (SPP) telah meletak jawatan kelmarin - dua hari sebelum parti itu mengadakan kongresnya esok.

Mereka adalah Penolong Setiausaha Agung Pertama, Encik Wilfred Leung; Penolong Setiausaha Agung Kedua, Encik Benjamin Pwee; Setiausaha Penganjur, Encik Ting Sze Jiang; Ketua Biro Ehwal Melayu/Islam, Mohamad Hamim Aliyas; Ketua Sayap Wanita, Cik Juliana Juwahir; dan Ketua Biro Peniaga SME, Encik David Tan.

Mereka merupakan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti politik tersebut.

Dalam satu kenyataan kepada media, mereka berkata perletakan jawatan itu disebabkan oleh 'perbezaan tentang gaya kepimpinan Parti dan arah masa depan Parti.'

Mereka menambah bahawa mereka berasa amat sedih dan putus harapan dengan kegagalan CEC SPP membina sebuah pasukan kepimpinan yang konsultatif dan mengadakan peralihan kepimpinan yang licin.

Hubungan rapat di kalangan anggota utama CEC juga terputus, kata kenyataan itu semalam.

Di kalangan enam anggota itu, Encik Pwee, mantan pegawai perkhidmatan pentadbiran awam, menjadi tumpuan ramai setelah beliau menyertai pasukan SPP yang diketuai Setiausaha Agungnya, Encik Chiam See Tong, untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum lalu di GRC Bishan-Toa Payoh.

'Kita semua telah bekerja keras untuk cuba mewujudkan kepimpinan kolektif yang konsultatif bagi SPP di masa hadapan, tetapi gagal. Kami meminta maaf,' kata kenyataan itu.

Sabtu, 28 Januari 2012

Kilang IKS sajian seks antara bangsa di Meru



KLANG - Sebuah bangunan kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di sekitar Meru dipercayai menjadi tempat menyediakan perkhidmatan seks sejak tiga tahun lalu.

Dengan bayaran serendah RM50, perkhidmatan itu disediakan khusus untuk warga asing. Difahamkan, lelaki tempatan tidak dibenarkan memasuki premis itu kerana pengusaha khuatir rahsia mereka diketahui.

Bagaimanapun, kegiatan tersebut mula terbongkar selepas penduduk berhampiran mendapati premis itu semakin kerap dikunjungi warga asing akhir-akhir ini.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 40, berkata, apa yang dibimbangi ialah aktiviti tidak bermoral itu akan mempengaruhi generasi muda di kawasan sekitar.

"Kita tidak mahu kawasan ini dijadikan pusat pelacuran. Kegiatan tidak bermoral itu sekarang semakin mengundang ketidakselesaan penduduk," ujarnya.

Kata Ahmad, pelanggan tempat tersebut terdiri daripada warga Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam.

"Saya difahamkan pengusaha premis terbabit menggunakan wanita warga Indonesia sebagai pelayan khidmat seks dan ia amat laris pada hujung minggu," katanya.

Jelasnya lagi, pusat tersebut beroperasi 24 jam sehari. Semua pelanggan perlu menggunakan pintu belakang bagi memasuki tempat itu.

"Sekali pandang bahagian hadapan bangunan tidak ubah seperti penempatan setinggan warga Bangladesh," beritahu beliau.

Ahmad berkata, beliau pernah cuba memasuki tempat tersebut namun telah dihalang pengusaha terbabit yang mengetahui beliau orang tempatan.

Roslin Hashim Kejinjang Pelamin

Roslin dan isteri, Rahayu bersanding di majlis mereka, semalam.




AMPANG- “Saya harap sudah-sudahlah orang bercakap perkara tidak baik terhadap suami saya selepas ini,” kata Rahayu Rosli, isteri kepada bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim yang ditemui pada majlis persandingan mereka di Ukay Perdana, malam kelmarin.

Rahayu, 24, berkata walaupun Roslin, 37, pernah dua kali gagal dalam perkahwinan, dia tetap yakin bekas pemain badminton nombor satu dunia itu lelaki terbaik pernah ditemuinya.

“Suami sudah menceritakan apa sebenarnya berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini dan perkara itu (kisah perceraian sebelum ini) tidak menjadi masalah kepada saya.

“Perkara terpenting ialah saya mengharap dan mendoakan semoga jodoh kami berkekalan hingga ke anak cucu,” katanya yang berasal dari Gombak, di sini.

Pasangan itu bernikah pada 28 Disember lalu dan melangsungkan persandingan sebulan kemudian dengan menjemput anggota keluarga serta sahabat terdekat.

Roslin sebelum ini mengaku berkahwin untuk kali ketiga tetapi ‘mengunci mulut’ ketika ditanya lebih lanjut demi menghormati keluarga isteri.

Aaron Aziz, Siti Nurhaliza ungguli Anugerah PPMH



SHAH ALAM - Pelakon Ombak Rindu, Aaron Aziz memenangi dua kategori Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/2012, yang berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15 di sini, malam tadi.

Selain berjaya merangkul Anugerah Selebriti Kacak, Aaron juga memenangi Anugerah Hot Papa.

Ternyata filem Ombak Rindu memberikan impak yang besar terhadap Aaron setelah mendapat undian tertinggi pembaca MH.

Majlis Anugerah serta konsert yang dihoskan Nabil dan Dira Abu Zahar itu turut menyaksikan, penyanyi Falling In Love, Datuk Siti Nurhaliza mengungguli anugerah utama PPMH 2011/2012 iaitu Anugerah Ikon yang julung kalinya diadakan pada tahun ini.

Penyanyi berbakat besar, Yunalis Zarai atau Yuna pula menerima Anugerah Harapan.

Sementara, pelakon popular, Shahizey Sam dinobatkan sebagai Selebriti Favourite.

Anugerah Selebriti Jelita pula menjadi milik pelakon yang sememangnya cukup jelita, Rozita Che Wan.

Manakala, gelaran Anugerah Seksi Lelaki dan Wanita menjadi milik Norman Hakim dan Fazura.

Anugerah Selebriti Stylo pula dimenangi Stacy dan Nora Danish pula berjaya membawa pulang trofi Anugerah Hot Mama.

Mendapat tajaan syarikat komunikasi Digi, majlis sempena meraikan ulang tahun ke-27 Majalah Hiburan No 1 tanah air, dihadiri hampir 10,000 pengunjung.

Malah turut diserikan hampir 100 selebriti popular tanah air, seperti Fazura, Shaheizy Sam, Neelofa, Rozita Che Wan, Norman, Memey, Izara Aishah dan Irma Hasmie.

Hasan Ali Cabar Azmin Ali ' Lapor pada SPRM'

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 3,000 yang menghadiri program Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) "Selamatkan Aqidah" di Dewan Budi Penyayang, Kepala Batas, Pulau Pinang.

SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menggesa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti penyelewengan dan salah laku melibatkan beliau.

Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan yang didakwa Azmin sebagai rahsia yang kini berada dalam tangan Pakatan Rakyat (PR).

Sebaliknya, Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung salah laku pemimpin PR, menerusi pemberi maklumat dalam gabungan tersebut.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular