Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 29 Januari 2012

Jenazah ustazah Esah mangsa pembunuhan dikebumikan.

Jenazah Allahyarhamha Asnah Aziz, yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan anak bongsunya Khamis lali, tiba di flat anak perempuannya di Eunos Cresent dari hospital sekitar 2.30 petang semalam.



SINGAPURA - Jenazah Allahyarhamha Asnah Aziz, yang lebih dikenali sebagai Esah, telah dibawa pulang dari rumah mayat ke flat anak perempuannya di Blok 21, Eunos Crescent, sekitar 2.30 petang semalam, selepas dibedah siasat.

Allahyarhamha, 55 tahun, ditemui mati berlumuran darah dengan kesan luka di tubuhnya di lantai dapur flat beliau Khamis lalu.

Anak lelakinya, Mohamed Redha, 30 tahun, seorang jururawat, telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah kelmarin atas tuduhan membunuh, dan kini direman bagi penilaian psikiatri.

Tertuduh dikatakan tinggal dengan Allahyarhamha bersama isterinya, warga Filipina, dan anaknya berusia tujuh tahun di flat tingkat 12, Blok 20, Eunos Crescent.

Allahyarhamha difahamkan mempunyai seorang lagi anak lelaki dan seorang anak perempuan yang kedua-duanya telah berkahwin, serta lima cucu yang berusia antara dua hingga sembilan tahun.

Ketika ditemui semalam, menantu Allahyarhamha yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Mohd, berkata ibu mentuanya itu seorang yang lembut dan penyayang dan rapat dengan Mohamed Redha.

Mohamed Redha juga selalu mengutamakan ibunya, tambah Encik Mohd.

'Kami sekeluarga selalu berkumpul pada hari cuti untuk mengeratkan lagi pertalian keluarga.

'Semua orang gembira hari itu dan kakak ipar saya masak untuk kami. Saya tak nampak apa-apa yang aneh,' katanya dengan mata yang jelas merah, menahan tangisan.

Encik Mohd juga menyifatkan ibu mentuanya sebagai seorang yang peramah, senang bergaul serta mudah mesra, dan mengutamakan anak-anak dahulu sebelum dirinya.

'Allahyarhamha tak lokek dan suka tolong orang, mengikut kemampuannya. Kadang-kadang, Allahyarhamha akan beri makanan kepada jiran dan sedekah kepada orang susah,' ujarnya sambil merenung jauh.

Flat Encik Mohd di Eunos Crescent semalam tidak putus-putus dengan pengunjung yang datang untuk melawat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular