Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 28 Januari 2012

Misteri pembunuhan ustazah terbongkar

Mohamed Redha Abdul Mutalib semalam dibawa ke Mahkamah Rendah bagi menghadapi dakwaan membunuh ibunya, Cik Asnah Aziz, seorang guru mengaji. Dia kini ditahan reman bagi penilaian psikiatri.




SINGAPURA - ANAK lelaki seorang guru mengaji yang ditemui mati kelmarin, Mohamed Redha Abdul Mutalib, 30 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Rendah atas tuduhan membunuh ibunya, Cik Asnah Aziz.

Menurut kertas dakwaan yang dikemuka di Mahkamah Rendah semalam, tertuduh didakwa membunuh mangsa antara 11 pagi dengan 1.30 petang kelmarin di flat tingkat 12 yang dihuni mereka berdua di Blok 20, Eunos Crescent.

Allahyarhamha, 55 tahun, ditemui terbaring di lantai dapur flatnya berlumuran darah dengan kesan luka di seluruh tubuhnya, petang kelmarin.

Mohamed Redha, seorang jururawat, anak bongsu keluarga tiga beradik - dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Tertuduh dikatakan tinggal dengan Allahyarhamha bersama isterinya, warga Filipina, dan anaknya yang berusia tujuh tahun.

Mohamed Redha semalam hadir di mahkamah dengan memakai baju dan seluar biru muda dan wajahnya tidak menunjukkan sebarang emosi.

Lelaki bertubuh kecil itu mendiamkan diri apabila dakwaan dibacakan di mahkamah.

Dia ditahan reman bagi penilaian psikiatri dan kesnya akan disebut lagi di mahkamah pada 17 Februari.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum mati di bawah seksyen 302, Kanun Keseksaan.

Semalam, lebih 100 anggota keluarga, rakan, jiran dan bekas pelajar Allahyarhamha datang melawat di rumah anak perempuannya, di Blok 21, Eunos Crescent.

Difahamkan jenazah Allahyarhamha masih dibedah siasat.

Kenalan yang ditemui rata-rata terkejut dengan berita kematian mangsa, yang mesra dengan panggilan 'Esah'.

Mereka menyifatkan beliau sebagai penyayang dan baik hati serta rapat dengan ketiga-tiga anaknya yang dikatakan baik-baik belaka dan rajin beribadah.

Seorang anggota keluarga yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata anak perempuan Allahyarhamha juga guru mengaji dan lulusan Universiti Al-Azhar di Mesir.

Seorang bekas pelajar pula berkata Allahyarhamha, yang mengajar kanak-kanak mengaji merupakan bekas guru Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah.

Jiran mangsa, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Jah, 56 tahun, berkata anak lelakinya dahulu rapat dengan tertuduh, Mohamed Redha, kerana menuntut di Sekolah Menengah Bedok North bersama.

'Redha baik orangnya, tak pernah tinggalkan solat dan hormat orang tua. Orangnya pendiam tapi setiap kali bertemu, dia akan tegur saya dan lepaskan senyuman.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular