Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 31 Januari 2012

Timbalan CEO Liga-S akhirnya letak jawatan



SINGAPURA - SEBELUM pun bola pertama musim terbaru Liga-S Great Eastern-Yeo's disepak, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga-S, Encik Johan Gouttefangeas, meletakkan jawatan.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam berkata, Encik Gouttefangeas akan meletak jawatannya.

Dalam kenyataan itu, bekas pengerusi Etoile FC tersebut berkata: 'Saya berterima kasih bahawa FAS telah menamatkan siasatan mereka terhadap dakwaan bahawa saya seorang muflis dan mengesahkan bahawa saya bukan seorang muflis.

'Sedang saya tetap yakin bahawa saya dapat menambah nilai dan membantu membawa Liga-S ke tahap yang lebih tinggi, saya telah memutuskan bahawa dalam keadaan sekarang, adalah lebih baik bagi kepentingan liga dan bola sepak Singapura jika saya melepaskan jawatan saya.'

Presiden FAS, Encik Zainudin Nordin, pula berkata: 'FAS telah memutuskan mendapatkan Encik Gouttefangeas sebagai Timbalan CEO kerana pengalaman beliau dalam pengurusan bola sepak dan pemasaran, selain rangkaian hubungan beliau yang luas di Eropah.

'Sedang kami kecewa beliau tidak mendedahkan kepada FAS kedudukan syarikat-syarikatnya di Perancis dan larangan yang dikenakan ke atasnya oleh mahkamah di Perancis, kami menerima maaf beliau kerana kami percaya beliau terlupa mengatakannya.

'Encik Gouttefangeas bagaimanapun, telah meminta untuk meletak jawatan.'

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular