Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 30 Januari 2012

Kajian barah saintis Melayu di UK dapat perhatian

Kajian Dr Elianna mendedahkan bagaimana sejenis protein VEGFxxxb dapat menghentikan pertumbuhan barah dalam sel-sel.




SINGAPURA - HASIL penyelidikan seorang saintis Melayu yang berpangkalan di United Kingdom telah menarik perhatian masyarakat saintifik dan media di negara itu kerana berpotensi merawat barah.

Kajian Dr Elianna Amin, 30 tahun, seorang warga Singapura, yang membentangkan strategi-strategi alternatif menghentikan pertumbuhan barah, telah diterbitkan dalam jurnal saintifik, Cancer Cell, pada 13 Disember lalu.

Dr Elianna merupakan penulis pertamanya atau peneraju utama kajian tersebut, yang merupakan sebahagian daripada kajian kedoktoran falsafahnya (PhD).

Bahkan, pentingnya hasil kajian Dr Elianna turut mendapat liputan akhbar Bristol Evening Post.

Dalam satu interviu menerusi e-mel dengan media, Dr Elianna berkata pencapaian itu merupakan yang paling membanggakan bagi dirinya, walaupun kajian-kajiannya sebelum ini pernah diterbitkan dalam jurnal lain.

'Cancer Cell hanya menerbitkan 10 artikel kajian setiap bulan. Memandangkan ada banyak makmal di seluruh dunia, ini merupakan satu pencapaian besar bagi diri saya,' tulis Dr Elianna, yang telah menghasilkan enam kertas kajian berkaitan barah.

Menurutnya, jurnal Nature - satu lagi jurnal berprestij - akan memaparkan sebuah artikel untuk mereviu kajiannya.

Kajian Dr Elianna mendedahkan bagaimana sejenis protein VEGFxxxb dapat menghentikan pertumbuhan barah dalam sel-sel.

VEGFxxxb wujud secara semula jadi dalam sel-sel biasa tetapi didapati berkurangan dalam sel-sel barah.

Kajian Dr Elianna menunjukkan bagaimana sel-sel barah boleh dirawat dengan merangsang penghasilan VEGFxxxb bagi menghentikan pertumbuhannya.

Tahap seterusnya ialah mengkaji keberkesanan kaedah ini dalam binatang sebelum ia boleh dijadikan ubat bagi merawat barah dalam manusia, kata Dr Elianna.

Ketika melakukan kajian tersebut, Dr Elianna bertugas di bawah dua makmal di dua universiti di Bristol - Universiti West of England (UWE) dan Universiti Bristol.

UWE telah menganugerahkannya biasiswa bernilai £pounds;51,000 atau sekitar $79,000 bagi pengajian PhDnya.

Beliau telah pun selesai kajian PhD-nya pada akhir 2009 dan meraih ijazah tersebut pada Mei 2010.

Dr Elianna kini mengambil kursus poskedoktorannya di King's College, London.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular