Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 26 Januari 2012

Meninggal dunia ketika main golf di JB

Isteri Allahyarham Azman, Cik Halijah Jusoh, membelek set kayu golf milik suaminya sambil diperhatikan anak bongsunya, Al-Asyraf.




SINGAPURA - SEORANG pemain golf meninggal dunia Isnin lalu setelah penyakit jantung yang pernah dihidapinya enam tahun lalu berulang secara mendadak.

Allahyarham Azman Mohamed Ali, 46 tahun, jatuh dan rebah ketika bermain golf di Ponderosa Golf and Country Club di Johor Bahru di tee kesepuluh sekitar 11.45 pagi.

Allahyarham, yang telah ke padang golf tersebut bersama 35 rakannya, telah diberikan Bantuan Pernafasan Kecemasan (CPR) namun usaha itu tidak berjaya.

Allahyarham, seorang pemandu bas syarikat AZ Bus, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika dihubungi, isteri Allahyarham, Cik Halijah Jusoh, berkata suaminya pernah menjalani ballooning (mengembangkan salur nadi jantung) pada 2006 tetapi tidak melakukan pemeriksaan susulan selepas itu.

'Allahyarham berkeras tidak mahu mendapatkan apa-apa rawatan bagi jantungnya yang bermasalah itu.

'Malah beliau pernah berkata sekiranya sudah sampai masa untuknya pergi kerana penyakit jantungnya itu, memang sudah nasibnya,' kata Cik Halijah, 43 tahun.

Ibu tiga orang anak berusia antara 19 tahun dengan 12 tahun itu berkata beliau masih terkejut dengan berita kematian suaminya kerana Allahyarham tidak menunjukkan tanda-tanda sakit atau lelah sebelum ini.

'Kelakuannya biasa sahaja dan beliau tidak mengadu kurang sihat.

'Tetapi akhir-akhir ini arwah banyak mengajak kami sekeluarga keluar makan dan meluangkan masa bersama,' kata Cik Halijah ketika menyingkap hari-hari terakhir Allahyarham Azman.

Sebaik menerima berita, Cik Halijah, yang bekerja sebagai seorang pembantu guru di Singapore American School, bergegas ke Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru bagi menguruskan penghantaran pulang jenazah suaminya ke Singapura.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang sekitar 12 tengah malam dan dikebumikan pagi kelmarin.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular