Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 31 Januari 2012

SBPA: Cuepacs tubuh jawatankuasa bertindak



KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Cuepacs bagi menyediakan kertas kerja yang komprehensif ke arah penambahbaikan skim itu.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kertas kerja yang berdasarkan kepada lima tuntutan utama Cuepacs sebelum ini, dijangka disiapkan dalam tempoh tiga minggu bermula 10 Feb, sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jawatankuasa dianggotai 15 orang dan dipengerusikan Timbalan Presiden 1 Cuepacs Azih Muda, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Khas SBPA anjuran kongres itu, di sini.

Lima tuntutan Cuepacs itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Omar berkata antara cadangan awal Cuepacs ialah meletakkan hanya tujuh daripada 36 jawatan sebagai jawatan premier iaitu Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Perbendahaan, Ketua Audit Negara, Peguam Negara, Akauntan Negara dan Hakim Negara.

Katanya yang lain kekal dalam jawatan Turus namun dinaikkan ke jawatan Turus yang baru.

Bagi penjawat awam yang gajinya sudah mencapai tahap maksimum, Cuepacs mencadangkan agar diberi kenaikan mengikut tempoh penjawat berada pada gaji maksimum iaitu jika 10 tahun diberi lima kenaikan, lapan tahun (empat kenaikan), enam tahun (tiga kenaikan), empat tahun (dua kenaikan) dan dua tahun menikmati satu kenaikan.

Mengenai kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus dalam SBPA, Cuepacs mencadangkan kenaikan 13 peratus bagi Gred 1 hingga 40 dan 10 peratus bagi Gred 41-54 dilakukan mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM).

"Selepas kenaikan itu berlaku, barulah pemindahan gaji berlaku kepada Gred SBPA. Maknanya seseorang itu yang dalam gred SSM, akan berlaku satu kenaikan di bawah skim SSM, dan apabila tukar kepada SBPA dia akan tukar kepada gaji berhampiran.

"Barulah berlaku adil dan saksama, nak sama dengan yang atas tak boleh, tetapi berlaku keseimbangan bukan berlaku seperti sekarang ini yang berlaku kenaikan hanya antara RM20 dan RM60," katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya kekananan jawatan yang hilang apabila penjawat memilih opsyen SBPA dikembalikan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular