Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 27 November 2012

Penyanyi Jamal Abdilah turut berniaga di pwtc

Jamal di gerai jualan sempena Perhimpunan Agung Umno


KUALA LUMPUR - Selebriti tempatan turut memeriahkan gerai jualan sempena Perhimpunan Agung Umno Ke-66.

Jamal Abdillah yang juga Ahli Umno Bahagian Bukit Bintang berkata, penyertaan kali kedua itu sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Umno selama ini.

Menurutnya, ini juga adalah peluang baginya untuk bertemu peminatnya.

"Saya seronok kerana selain dapat menjual pelbagai barangan cenderahati, saya turut mempromosikan konsert saya pada Disember ini. Inilah cara saya nak bertemu dengan peminat," katanya.

Pemenang anugerah PersembahanVokal Terbaik Dalam Lagu Anugerah Industri Muzik Ke-19 akan berada di gerainya sepanjang lima hari bermula jam 2 petang hingga 8 malam.

Sementara itu, Khairul Noormaaidah Zali atau lebih popular dengan panggilan Aida turut membuka gerai tudung.

Pemenang program Gadis Melayu ini mempromosi tudung eksklusifnya iaitu bawal dengan corak berus.

"Saya baru sahaja menceburi bidang  perniagaan sekitar lima bulan lalu menerusi laman sosial. Dapat membuka gerai di sini, adalah pencetus semangat untuk saya melebarkan kerjaya sebagai usahawan pula," katanya.

Katanya, pelbagai jenis tudung dapat diperolehi di kedainya dengan tawaran harga berpatutan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular