Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 19 September 2014

Nama MB Selangor yang baharu akan diumum Isnin ini


SHAH ALAM - Istana Selangor akan mengumumkan nama MB Selangor yang baharu selewat-lewatnya Isnin ini.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

"Istana (Selangor) akan umumkan siapa MB (Menteri Besar) baharu selewat-lewatnya Isnin ini. Bagaimanapun, ia (pengumuman itu) terpulang kepada perkenan Sultan Selangor,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, pengumuman itu akan dibuat sama ada menerusi kenyataan akhbar atau sidang media.

Mohamad Munir juga berkata setakat ini, pihak istana tidak mengutus sebarang surat kepada bakal MB Selangor berhubung perkara itu.

Semalam, Istana Selangor mengesahkan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang dekat sini.

Sebelum ini, beliau menyatakan nama MB yang baharu akan hanya diketahui pada hari majlis angkat sumpah itu.


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular