Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 1 September 2014

Tengku Abdullah Presiden baharu AHF


KUALA LUMPUR - TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dipilih sebagai Presiden baharu Persekutuan Hoki Asia (AHF) bagi penggal 2014 hingga 2018.

Baginda yang juga Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (MHC) menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut pada Kongres AHF yang diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur semalam.

Ekoran pemilihan tersebut, Tengku Abdullah mendedahkan baginda bersedia untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap pembangunan sukan hoki di Asia yang agak ketinggalan jauh berbanding negara benua Eropah dan juga Australia.

“AHF adalah satu agenda baharu kepada saya dan saya perlukan sedikit masa untuk berbincang dan mengetahui lebih mendalam mengenai kekuatan sebenar AHF.

“Saya sudah bersedia untuk memberikan komitmen tinggi kepada AHF dan meneruskan legasi (bekas presiden AHF) Almarhum Sultan Azlan Shah.

“Saya harap saya akan mendapat sokongan penuh daripada semua pihak terutamanya Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu dilantik, Datuk Tayyab Ikhram untuk membimbing saya meningkatkan taraf sukan hoki di Asia.

“Banyak usaha yang perlu dilakukan untuk bersaing dan mengejar jaguh-jaguh benua Eropah dan juga Australia,” titah Tengku Abdullah pada sidang akhbar AHF di Hotel Concorde, Kuala Lumpur semalam.

Dalam masa sama, Tengku Abdullah juga berpegang dengan pendiriannya untuk tidak bertanding mempertahankan jawatannya pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MHC, Oktober depan.

Bagaimanapun, baginda enggan mendedahkan nama calon yang sesuai untuk menggantikannya sebagai presiden baharu MHC selepas ini.

“Saya tidak rasa akan bertanding mempertahankan jawatan Presiden MHC. Mungkin ada satu atau dua calon tetapi saya tidak akan mendedahkannya,” titah baginda.(Kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular