Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 5 Mac 2013

Buru sampai lubang cacing

ANGGOTA tentera berkereta perisai memasuki Kampung Tanduo, semalam.

LAHAD DATU -
- Saki baki pengganas dari Sulu, Filipina, yang dipercayai masih bersembunyi di Kampung Tanduo, dekat sini, akan dijejaki dan diburu `hingga ke lubang cacing’ oleh anggota pasukan keselamatan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sehingga petang semalam, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih melakukan operasi pembersihan dan penggeledahan di kawasan seluas empat kilometer persegi sekitar kampung itu yang diisytiharkan sebagai zon pertempuran.

“Operasi menjejak ini dilakukan kerana kita yakin ada pengganas masih hidup serta cuba melarikan diri. Serentak dengan itu juga, saya mengarahkan semua komander supaya lebih berhati-hati kerana tidak mahu ada lagi nyawa yang terkorban.

“Operasi dijalankan dengan perlahan dan berhemah berikutan keadaan bentuk muka bumi yang tidak rata dan berbukit. Sehingga sekarang operasi masih berjalan,” katanya pada sidang media Residental Felda Sahabat, kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Menurutnya, operasi bersih dan geledah itu bermula kira-kira jam 11 pagi, sejurus serangan melalui udara dan darat dihentikan. Sebelum itu, serangan melalui udara selama kira-kira 30 minit dilakukan bermula kira-kira jam 7 pagi menggunakan tiga jet pejuang F/A-18D dan lima pesawat Hawk yang melepaskan tembakan ke arah zon sasaran.(metro)

Ketua pengganas cabut lari

LAHAD DATU - Ketika pihak berkuasa melancarkan serangan besar-besaran untuk menggempur kubu pengganas Sultan Sulu di Kampung Tanduo di sini semalam, ada maklumat mengatakan ketua kumpulan pengganas dan beberapa orang kanannya telah melarikan diri dari kawasan tersebut sejak beberapa hari lalu.

Adik Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Azzumuddie, 60-an, yang mengetuai operasi pencerobohan ke Sabah pada 12 Februari lalu dipercayai sedang bersembunyi di kawasan Kampung Tanjung Batu di sini yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari Kampung Tanduo.

Kampung Tanduo merupakan kawasan pertama diceroboh Azzumuddie bersama 180 pengikutnya yang lengkap bersenjata. Mereka menyusup masuk dengan menaiki bot pancung dari kepulauan Sulu ke Sabah.

Ada maklumat mengatakan Azzumuddie telah terselamat ketika serangan menggunakan pesawat pejuang, kereta perisai dan askar berjalan kaki yang dilancarkan pihak berkuasa tepat pukul 7 pagi semalam.

Teori bagaimana mereka melarikan diri terbahagi kepada tiga. Pertama, pengganas telah membuat laluan bawah tanah dan laluan tikus ekoran mereka telah berkubu di kawasan kampung tersebut sejak lebih tiga minggu lalu.

Kedua, keluasan kawasan tersebut menyebabkan pihak berkuasa menghadapi sedikit kekangan untuk mengawal keseluruhan tempat. Jadi mereka boleh melarikan diri ke kawasan yang tidak dikawal untuk bersembunyi.

Teori terakhir pula ialah pengganas mengambil kesempatan keluar dari kampung ketika pihak berkuasa mengeluarkan arahan kepada penduduk supaya mengosongkan rumah. Mungkin mereka ikut jalan berlainan dengan penduduk untuk mengelakkan daripada dicekup.(kosmo)

Astaga, Siswi SMP Diperkosa Guru



PALEMBANG - Didampingi orangtuanya, CH (15) mendatangi Siaga Ops Polda Sumatera Selatan (Sumsel) sekitar pukul 12.30 WIB. Siswi kelas 3 sebuah SMP Negeri Palembang ini mengaku diperkosa GK, yang tak lain guru mata pelajaran olahraga di sekolahnya.

Menurut CH,  Saat itu ia diajak sang guru untuk mengambil peralatan olahraga di sebuah SMA swasta letaknya sekitar 1 km dari sekolahnya.

Kebetulan sang guru selain mengajar di sekolahnya, juga mengajar di SMA tersebut.

Namun sesampainya di dalam gudang, GK langsung mengunci pintu dan memaksa CH melayani nafsu bejatnya. CH berusaha melawan, namun ia tak berdaya karena kalah tenaga.

Setelah puas CH kemudian diancam untuk tidak menceritkan pada siapapun. Karena ketakutan CH pun memilih diam. Namun peristiwa ini kembali terulang pada awal Januari dan di tempat yang sama.

Orangtua CH kemudian merasa aneh melihat anaknya yang selalu murung, padahal sebelumnya periang. Setelah didesak CH akhirnya mengaku jika sudah dinodai gurunya sendiri. Tidak terima, orangtuanya kemudian melaporkan peristiwa ini ke Polda Sumsel.

Kabid Humas Polda Sumsel Kombes Pol Sabaruddin Ginting ketika dikonfirmasi membenarkan adanya laporan tersebut. Menurutnya, laporan tersebut akan segera ditindaklanjuti.

Anak Suluk kecam pencerobohan


Faizal Sisar

SENAI – Persatuan Suluk Bersatu Sabah mengecam perbuatan kumpulan pengikut Sultan Sulu menceroboh Lahad Datu dan Semporna sehingga berlaku pertempuran dengan pihak berkuasa.

Pemangku Presiden, Faizal Sisar berkata, tindakan kumpulan bersenjata itu yang berjuang menuntut Sabah bukan sahaja sia-sia, malah merupakan satu jenayah antarabangsa.

“Kami orang Suluk sendiri mengutuk sekeras-kerasnya dan tidak bersetuju tindakan mencabul kedaulatan negara (Malaysia). Kami warga Suluk berpaksi kepada Agong dan Kerajaan Malaysia yang selama ini hidup dalam keadaan aman damai, mempunyai peluang pekerjaan dan pendidikan yang baik di sini," katanya pada sidang media, semalam.

Faizal berkata, persatuan itu mempunyai 800,000 keahlian di seluruh Malaysia dan hampir 20,000 di Johor yang menjadi pengundi di negara ini.

Beliau berharap kes pencerobohan ini diatasi segera kerana mereka tidak mempunyai hak ke atas Sabah.

“Apa yang penting kini, satu rundingan perlu diadakan dan kerajaan perlu memberi penerangan fakta sebenar, Sabah telah digadaikan dan tidak boleh dituntut, orang Suluk telah bersetuju masuk Malaysia dan menjadi rakyat negara ini.

“Jangan terpengaruh dan berasa ingin berkuasa mempengaruhi tentera DiRaja Suluk, yang tidak diiktiraf sebagai kerajaan dan telah hilang kedaulatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Persatuan Suluk Bersatu Sabah cawangan Johor, Yusop Abdoa sedih dengan insiden yang berlaku.

“Kita orang Sabah keturunan Sulu amat sedih dan anggap perkara ini (menceroboh) adalah tidak wajar.

“Bagi kami apa pun permasalahan pastinya boleh dilakukan secara rundingan dan tidak mahu melihat pertumpahan darah dari mana-mana pihak.

"Saya sendiri ada menghubungi saudara mara di sana, dan mereka juga sedih dengan kejadian ini, biarpun berada dalam keadaan selamat,” katanya.(sh)

Tiada anggota keselamatan cedera dalam serangan ofensif

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiada anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera dalam serangan ofensif terhadap pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah awal hari ini.
  
"Alhamdulillah jelas tiada kecederaan langsung (di pihak anggota keselamatan).
  
"Tapi dalam konteks pihak musuh, itu kita kena tunggu kerana sekarang ini masih dalam operasi," katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Lahad Datu hari ini.
  
Tinjauan Bernama di pekan Chenderawasih yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Felda Sahabat 16 tengah hari ini mendapati beberapa ambulans bergerak di sekitar kawasan itu.
  
Selepas serangan ofensif pada pukul 7 pagi ini, sekitar kawasan itu kini tenang dan terdapat banyak sekatan jalan raya di sepanjang jalan ke pekan dan menuju ke Kampung Tanduo.

Bagaimanapun, bunyi deruan helikopter masih kedengaran di ruang udara kawasan itu dan di perairan pula kelihatan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membuat rondaan.
  
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pasukan tentera menggunakan tiga jet pejuang F18 dan lima Hawk dalam serangan ofensif terhadap perkampungan yang menjadi kawasan pihak penceroboh.
  
Beliau berkata inilah adalah kali pertama operasi bersama antara ATM dan PDRM dan pihaknya sedang menjalankan usaha untuk menambah kekuatan anggota di kawasan itu.
  
"Apa yang ingin kami khabarkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kepercayaan yang diberi kepada ATM untuk lakukan operasi sebaik ini dan untuk pertahankan negara telah memberi keberhasilan," katanya.
  
Ahmad Zahid berkata kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan memberikan bantuan kemanusiaan, antaranya keperluan bekalan makanan kepada penduduk di Kampung Tanduo bagi memastikan mereka tidak menghadapi kesulitan.(sh)

Isnin, 4 Mac 2013

Penduduk lari tinggalkan kampung


SEBAHAGIAN penduduk Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu menyelamatkan diri ke jalan utama selepas kumpulan penceroboh memasuki kampung terbabit dan menawan beberapa rumah.

LAHAT DATU -  “Kamu pergi buat laporan polis kerana saya mahu berunding dengan polis,” kata seorang lelaki yang mengetuai sekumpulan 100 penceroboh dari Sulu, Filipina yang masuk ke rumah beberapa Kampung Tanjung Batu, dekat sini, semalam.

Ludokus Laku, 33, berkata, lelaki berusia pertengahan umur itu memperkenalkan dirinya sebagai Haji Musa masuk ke rumahnya ketika dia bersama ayah dan dua rakan menikmati sarapan, jam 8 pagi.

Menurutnya, lelaki itu bersama tiga pengikutnya masuk dalam rumahnya melalui pintu belakang dan mengarahkan dia serta tiga yang lain berdiam diri.

“Lelaki itu yang memakai kopiah putih dan berselepang serta bersenjata kemudian bersalam dengan kami dan memperkenalkan diri sebagai Haji Musa. “Dia menyuruh saya membuat laporan polis mengenai kehadirannya di kampung kami dan memberitahu ingin mengadakan rundingan dengan polis,” katanya.

Ludokus berkata, selepas lelaki itu berkata demikian, dia terus keluar daripada rumah dan menyedari pergerakannya tidak dihalang dia berlari ke jalan utama masuk ke kampung itu.(metro)

Musuh tumpas

SEMPORNA - Kira-kira 30 penduduk Kampung Simunul semalam mengambil inisiatif mengangkat tiga mayat penceroboh dari kampung itu untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.

Ketua kampung, Ramli Saraman berkata tindakan mengangkat mayat itu dilakukan bagi mengelak bau busuk berterusan yang terpaksa dihadapi penduduk sejak kelmarin.

Sabtu lepas, enam anggota pasukan keselamatan negara terkorban dalam insiden berbalas tembakan yang turut mengorbankan tiga penceroboh.

Dalam pada itu, Ramli turut menasihati penduduk di situ agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab kerana ia dapat mengeruhkan keadaan.

“Saya diberitahu penduduk, mereka mengatakan pihak penceroboh akan membalas dendam dengan membakar kampung ini (Kampung Simunul) jadi saya beritahu mereka jangan cepat percaya berita sebegitu, kerana saya sentiasa berhubung dengan pihak polis,” katanya.(metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular