Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 23 September 2009

Indonesia patut jaga hati jiran serumpun

RAKYAT negara ini dididik sejak di bangku sekolah lagi dengan nilai mulia seperti tolong menolong, hormat menghormati dan sebagainya. Kita akan menolak dengan cepat sebarang nilai yang tidak baik daripada meresapi ke dalam hidup kita.

Mentaliti ini berlaku kerana di dalam masyarakat Malaysia masih ramai yang menjunjung nilai serta pekerti mulia.

Agama memainkan peranan penting membentuk mentaliti ini. Kerajaan pula amat prihatin dan menjadikan nilai mulia ini sebagai satu dasar negara.

Hati saya amat tersentuh apabila negara kita dituduh mencuri tarian ‘pendet’ oleh rakyat Indonesia. Selama 52 tahun Malaysia merdeka, baru kini saya terdengar kita dituduh sedemikian rupa. Jika Malaysia ingin mencuri, tentu sudah banyak tarian dari negara luar yang kita curi.

Kita boleh curi tarian India, Cina, Arab Mesir dan sebagainya. Malaysia negara pelbagai kaum, malah kaum Jawa pun ramai di Malaysia.

Kemudian yang paling saya takut ialah tindakan rakyat Indonesia membawa buluh runcing untuk membunuh atau menghalau rakyat Malaysia yang mencari rezeki dan ilmu secara halal di Indonesia. Rakyat Malaysia datang ke Indonesia bukan secara haram. Mereka datang belajar, berniaga atau cari makan. Mengapa mereka ini hendak dibunuh atau dihalau? Apa salah mereka?

Kalau hendak marah kepada pencuri, siasat dulu. Buatlah laporan polis.

Biarlah polis yang tangkap pencuri atau ‘maling’ itu. Bukannya bawa buluh runcing ke jalan raya, tahan kereta, cari rakyat Malaysia dan nak bunuh mereka.

Kalau yang dicari itu tidak mencuri, bukankah mereka membunuh orang yang tidak berdosa?

Rakyat Malaysia pun tidak suka perbuatan mencuri ini. Kalau rakyat Malaysia buat salah mencuri, hukum mereka. Tetapi jangan buat tuduhan semua rakyat Malaysia maling atau pencuri. Berdosa besar kerana memfitnah.

Saya mohon maaf atas tulisan saya ini. Saya suka Indonesia kerana mereka ramai saudara seagama dan sebangsa serta sebudaya dengan saya.

Saya tidak mahu Malaysia dan Indonesia bergaduh kerana musuh kita sentiasa ada di sekeliling kita.

Malaysia dan Indonesia boleh menjadi negara Islam contoh satu dunia. Kita boleh memajukan dunia ini bersama-sama.

Justeru, saya menggesa Kerajaan Indonesia, hentikanlah kempen sapu Malaysia yang dibuat pihak tertentu di sana.

Mereka yang terbabit wajar dihukum kerana merosakkan nama baik Indonesia.

Kepada pemerintah Indonesia ketahuilah rakyat Malaysia yang datang ke Indonesia mengikut saluran sah, (bukan seperti sebahagian warga Indonesia yang bekerja secara haram di Malaysia). Ada di antara mereka sebagai pelajar, peniaga dan pelancong. Mereka hendaklah dilayan secara adil.

REZA ALJUNID,
Jelebu, Negeri Sembilan.

(Rujukan:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Surat/20090921223121/Article/ )

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular