Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 25 Ogos 2014

Pasangan berpakaian tidak senonoh kejutkan pengguna jalan raya di Ipoh


IPOH - Masyarakat setempat hari ini dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang hanya berseluar panjang hitam dan seorang wanita berbikini putih dan mengenakan kain layah dipercayai pasangan model sedang berjalan di sekitar Jalan Sultan Yussuf di sini hari ini.

Kehadiran pasangan itu yang berpakaian tidak senonoh mengundang perhatian pengguna jalan raya sekitar kawasan itu malah difahamkan ada yang memperlahankan kenderaan untuk melihat.

Beberapa laman sosial juga telah mula menyiarkan gambar dan kejadian yang dikatakan berlaku pada pukul 9 pagi tadi.

Pasangan model berkenaan bersama beberapa krew dipercayai sedang menjalani sesi penggambaran perkahwinan di lokasi itu.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan yang enggan dikenali berkata, penggambaran itu berlaku dalam tempoh yang singkat iaitu antara lima hingga 10 minit.


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular