Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 5 Ogos 2014

PESTA BOGEL DI PULAU PINANG

GEORGE TOWN – Kekecohan bermula di laman media sosial termasuk blog, Facebook dan juga Twitter.

Sebuah blog dengan tajuk Malaysia Nude Sports Games 2014 itu turut disiarkan bersama video dan juga diceritakan daripada salah seorang peserta yang tidak dikenali.

Melalui blog berkenaan, si penulis memberitahu seramai 18 peserta terlibat dan dianjurkan oleh seseorang yang dikenali dengan nama Miss Chew.

Menjijikkan apabila penulis itu turut memberitahu penganjuran pesta sukan bogel pantai itu menjadi sejarah buat pertama kalinya di negara ini.

Semua mereka berkumpul di jeti Taman Negara Teluk Bahang kira-kira jam 2.30 petang pada hari berkenaan.

Peserta dibahagikan kepada dua bot dan perjalanan mereka menuju ke sebuah pantai rahsia.

“Ketika sampai di destinasi, pantai berkenaan begitu mendamaikan dan tenang. Atmosferanya juga begitu menyeronokkan, hanya kami pelancong yang berada di situ.

“Kami mengeluarkan barang dan Miss Chew mendekati salah seorang penjaga kawasan yang dilihat secara berseorangan,” katanya.

Lebih menghairankan apabila si penulis blog itu turut memaklumkan pihaknya sudah mengesahkan dengan penjaga kawasan mengenai aktiviti berbogel yang mahu dilakukan.

“Kami kemudiannya mula berbogel dan memulakan aktiviti pertama iaitu melukis badan secara berbogel.

“Pantai berkenaan bagaikan dunia kami kerana semua orang boleh berbogel dengan bebasnya, dan tiada gangguan dari dunia luar.

“Selepas beberapa lama di situ, kami ternampak bot datang dan segera berpakaian tapi rupa-rupanya mereka menghantar makan malam kepada kami,” katanya.

Melalui blog berkenaan, mereka turut berseronok dengan makanan seperti nasi lemak, laksa, mihun goreng, sate dan juga keropok lekor.

“Selepas berakhir makan malam, kami akhirnya tidur di dalam beg tidur masing-masing dan mendirikan unggun api mengelakkan digigit nyamuk,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular