Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 3 September 2013

A Samad Said dikehendaki polis

KUALA LUMPUR -  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan dua aktivis, Hishamudin Rais dan Adam Adli ditahan bagi membantu siasatan polis berkaitan kibaran bendera Sang Saka Malaya.

Menurutnya, KDN menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada polis untuk siasatan lanjut.

"Saya baru dimaklumkan penahanan mereka ini dan belum ada maklumat lanjut lagi mengenainya.

"Penahanan mereka ini berdasarkan kepada beberapa laporan polis yang dibuat badan bukan kerajaan NGO dan parti politik mengenai tindakan sekumpulan individu yang dikatakan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada sambutan Malam Ambang Kemerdekaan ke-56," katanya.

Difahamkan, kedua-dua aktivis terbabit ditahan di Lembah Klang pagi tadi.

Sementara itu polis meminta Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis sebelum ini telah ke rumahnya namun beliau tiada dan memintanya tampil menyerah diri.

Menurutnya, pihaknya akan menyiasat kes itu mengikut Akta Hasutan kerana cuba menghasut orang ramai dengan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya yang jelas melanggar undang-undang negara.

"Saya minta beliau beri kerjasama dan serah diri sebelum kita sendiri tangkapnya.

"Mereka berani mencabar undang-undang dan sepatutnya berani bertanggungjawab di atas perbuatan terbabit," katanya (metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular