Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 19 September 2013

Gadis ini akui terbabut ktiviti tidak bermoral sejak usia 18 tahun


KOTA BHARU- Seorang wanita berusia 20 tahun ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Sri Cemerlang di sini malam kelmarin kerana disyaki terlibat dalam aktiviti tidak bermoral, bersama 129 paket kondom yang belum digunakan.

Dia yang berasal dari sebuah kampung di Bachok itu ditahan pada jam 11.10 malam oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dalam satu serbuan diketuai Pegawai D7 IPD Kota Bharu, Cif Inspektor Rostam Ayob.

Turut ditahan bersamanya, dua lelaki berusia 27 tahun dan 22 tahun dengan seorang daripadanya dipercayai teman lelaki wanita itu.  Semasa ditahan, dua lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine.

Menceritakan detik hitam yang dilalui, wanita terbabit ketika ditemui berkata, dia mula terlibat dalam aktiviti tidak bermoral pada usia 18 tahun selepas mengadakan hubungan seks dengan rakan sekampung.

Katanya, selepas itu dia mula berkenalan dengan seorang lelaki yang kemudiannya menjadi teman lelakinya sebelum dijual kepada seorang bapa ayam di bandar ini.

“Sejak dijual kepada bapa ayam saya mula terlibat dalam aktiviti terbabit, dengan diawasi bapa ayam itu. Teman lelaki yang menjual saya itu kemudiannya menghilangkan diri.

“Setahun kemudian, bapa ayam itu ditangkap dan saya bebas, tetapi saya tetap memilih jalan ini, lagipun mereka tidak tahu tentang pekerjaan saya dan tidak pernah ambil tahu. Keluarga saya juga orang susah dan saya hanya bersekolah setakat darjah enam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan mengenai penahanan wanita dan dua lelaki itu.(SH)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular