Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 25 September 2013

Ugut sebar gambar bogel


AYER KEROH - Seorang penuntut sebuah institut pengajian tinggi (IPT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tiga pertuduhan mengugut, memeras seorang wanita dan memiliki koleksi gambar lucah.

Tertuduh, Mohd Hidayat Abd Ghani @ Mukhtar, 23, dari Baru Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu, membuat pengakuan itu selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa sengaja mendatangkan ketakutan terhadap seorang wanita berusia 22 tahun dengan ingin menyebarkan gambar bogel mangsa supaya menyerahkan seutas gelang tangan dan rantai leher emas di sebuah pangsapuri di Bukit Beruang, kira-kira 2.27 pagi, antara Ogos dan 2 September lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Hidayat didakwa mahu melakukan pemerasan dan cuba mendatangkan ketakutan kepada mangsa sama untuk menyebarkan gambar bogelnya supaya
menyerahkan wang tunai RM5,000 di tingkat 15 asrama IPT itu, kira-kira 10.41 pagi, 17 September lalu.

Mengikut pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit jenis Samsung S3 Mini miliknya di pangsapuri sama, kira-kira 1 tengah hari, 19 September lalu.

Syajaratudur kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan kes disebut semula pada 22 Oktober depan.(SH)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular