Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 3 September 2013

Felda miliki hotel di Kota Kinabalu, Sabah


KOTA KINABALU - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melangkah setapak lagi apabila mengambil alih sebuah hotel bertaraf empat bintang di Sabah, Hotel Grand Borneo, bagi menambah kemudahan penginapan di bandar raya ini, sekali gus meningkatkan industri pelancongan di Sabah.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, Hotel Grand Borneo yang beroperasi sejak November 2009 itu, diambil alih Felda pada 1 Jun lepas.

"Dalam hal ini, suka saya memaklumkan bahawa Hotel Grand Borneo milik Felda ini menawarkan penginapan yang selesa pada kadar yang juga selesa.

"Kita percaya pengambilalihan (membeli) hotel ini akan membawa keuntungan kepada Lembaga Felda meskipun akan memakan masa.

Ini disebabkan industri pelancongan di Sabah masih kekurangan kemudahan hotel berpatutan, yang bertaraf tiga hingga lima bintang, untuk memenuhi keperluan pelancong,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran hotel itu di sini hari ini.

Beliau berkata, hotel 310 bilik itu, dengan 100 peratus operasinya kekal dikendalikan oleh tenaga kerja tempatan, menerima tetamu asing terutama dari Hong Kong, Taiwan, China dan Jepun.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular