Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 18 September 2013

Gadis berusia 14 tahun diperkosa


KUALA LUMPUR – Seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun di sebuah pusat karaoke awal bulan ini.

Tertuduh, Mohd. Fahmi Sharifudin, 25, yang bertugas di Kem Sungai Besi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pelajar tingkatan dua berkenaan di sebuah pusat karaoke di ibu negara pada pukul 4.30 petang, 2 September lalu.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurmadia- na Mamat tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh kerana pertuduhan serius selain ditakuti akan mengganggu mangsa.

Mohd. Fahmi yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu diberikan jaminan kerana dia ingin menyambung kerja dan berjumpa keluarga.


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular