Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 8 November 2014

Debaran Anwar tunggu keputusan


PUTRAJAYA – Prosiding kes rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan di sini akhirnya selesai pukul 3.55 petang semalam selepas berlangsung selama lapan hari.

Pendengaran rayuan terhadap hukuman penjara lima tahun ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada awalnya ditetapkan selama dua hari bermula 28 Oktober lalu, bagaimanapun ia berlarutan sehingga semalam untuk memberi peluang kepada pihak pendakwaan dan peguam bela membentang, membalas dan menggulung hujah masing-masing.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria bagaimanapun tidak membuat sebarang keputusan semalam, sebaliknya keputusan akan diputuskan pada satu tarikh lain yang akan diberitahu kemudian.

Prosiding semalam merupakan yang terpendek sepanjang tempoh lapan hari rayuan kes itu apabila hanya berlangsung selama 40 minit.

Panel lima hakim kemudian memaklumkan mereka akan meneliti hujah-hujah yang dibuat kedua-dua belah pihak sebelum membuat sebarang keputusan.(Kosmo)


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular