Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 19 November 2014

Kerajaan umum harga petrol RON97 turun 20 sen seliter


KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk menurunkan harga jualan runcit bagi minyak petrol RON97 berkuat kuasa tengah malam tadi sebanyak 20 sen.

Penurunan itu menjadikan harga baharu RON97 ialah RM2.55 seliter berbanding RM2.75 sebelum ini.

Minyak RON97 tidak lagi diberi subsidi oleh kerajaan sejak 16 Julai 2010 dan harga bahan api itu ditentukan mengikut kuasa pasaran.

Pengumuman itu dibuat melalui salinan sepucuk surat yang dimuat naik melalui akaun Twitter milik Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan pada pukul 9.30 malam tadi.

Salinan surat tersebut merupakan makluman Kementerian Kewangan kepada syarikat Petronas Dagangan Berhad mengenai penurunan harga minyak tersebut.

Kelmarin Kosmo! melaporkan minyak mentah Brent berada pada paras AS$79.41 (RM266) setong.


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular