Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 13 Disember 2012

Gadis ini rela disetubuhi kekasih 2 kali


SEGAMAT - Gara-gara bimbang kisah lampaunya bersama bekas teman lelaki dijaja rakan sekolah, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun terpaksa membiarkan dirinya diperkosa dua kali oleh rakan lelaki berkenaan dalam tempoh sejam, 19 November lalu.

Dalam kejadian antara jam 8 hingga 9 malam itu, mangsa dikatakan diperkosa suspek di rumah keluarga mangsa di sekitar bandar ini.

Bagaimanapun, usaha mangsa menutup tragedi itu daripada pengetahuan keluarganya gagal apabila terpaksa memaklumkan kejadian itu kerana bimbang hamil selepas haidnya tidak menentu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Hanafi Daud berkata, keluarga mangsa kemudian membuat aduan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat sebelum suspek ditahan di rumah keluarganya, petang kelmarin dan kini direman bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan laporan dibuat, mangsa mendakwa mengenali suspek setahun lalu ketika belajar bersama di sebuah sekolah menengah di daerah ini,” katanya, semalam.

Menurutnya, mangsa mendakwa pada hari kejadian, suspek datang ke rumahnya dan mengajak melakukan hubungan seks, namun menolak permintaan itu.

Katanya, ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah dan suspek didakwa mengugut menjaja kisah lampau mangsa dengan bekas teman lelakinya kepada orang lain jika terus menolak permintaan itu.

“Mangsa mendakwa terpaksa membiarkan dirinya diperkosa suspek kerana tidak mahu kisah lampaunya dijaja. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan mangsa sudah diarah menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Segamat,” katanya.(metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular