Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 11 Disember 2012

Nik Aziz Nikahkan Khairul Fahmi -Nur Eilunie


Pasangan Khairul Fahmi Che Mat dan Nur Eilunie Natasha ketika sesi penggambaran di rumah keluarga Nur Eilunie


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju menikahkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dengan dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri pada 28 Disember ini.

Khabar gembira bagi perkahwinan pasangan yang dinanti-nantikan peminat seluruh tanah air itu dinyatakan Nik Abdul Aziz hari ini menerusi laman sosial Facebook beliau.

Persetujuan berkenaan dimaklumkan kepada keluarga Nur Eilunie ataupun lebih mesra dengan panggilan Leuniey menerusi surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan kepada, Nazri.

Menurut surat bertarikh 10 Disember yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah itu, majlis akad nikah akan berlangsung di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, kira-kira jam 10 pagi.

Majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di Hotel Renaissance di sini, pada 30 Disember jam 8 malam yang berkonsepkan Melayu Kotemporari.

Manakala persandingan sebelah lelaki pula akan berlangsung di kediaman Apex di Kampung Cherang, di sini bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala-kampung.

Sementara itu, pada 13 Januari depan majlis resepsi bagi meraikan rakan-rakan Apex  pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara dengan memilih konsep English Style.

Dekorasi dan pelamin di Hotel Royale Bintang itu mendapat sentuhan magis dari Ari Wedding Couture, Kuala Lumpur.

Difahamkan, keempat-empat majlis berkenaan akan disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria (saluran 104).

Majlis gilang-gemilang pasangan berkenaan yang berlangsung di Hotel Royale Bintang turut mendapat liputan ERA FM bertindak sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular