Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 24 Disember 2012

Suami Siti Nurhaliza balik Jumaat ini

KUALA LUMPUR - DATUK Seri Khalid Mohamad Jiwa yang cedera dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand baru-baru ini dikatakan semakin pulih dan dijangka pulang ke tanah air, Jumaat ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak lelakinya Mohd Asyraf, 20 dan Muhammad Aazief, 14 melalui laman mikro, Twitter milik mereka.

Asyraf memberitahu kepulangan mereka itu ketika menjawab pertanyaan rakan Twitternya.

“Setakat ini baik. Ayah semakin pulih. Rasanya akan pulang (ke Malaysia) pada 28 Disember ini. Tidak sabar menanti hari itu,” tulisnya sekitar jam 6. 25 petang, semalam.

Aazief juga menjawab pertanyaan rakan Twitter tentang kepulangannya ke tanah air dengan menulis, “kemungkinan pada 28 hari bulan.”

Dalam perkembangan lain, isteri Datuk K, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza turut berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan karangan bunga  dan kad ucapan yang diterima daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Dalam ucapan ringkas itu, baginda mendoakan kesihatan Datuk K, “kepada yang berbahagia Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, semoga sejahtera dan cepat sembuh.”(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular